Saya sarankan anda guna PDFGear untuk kendalikan PDF sehari-hari. Penyata bank, memo, edaran, borang HR, ataupun borang-borang penting lain biasanya datang dalam format PDF.

PDF editor pecuma ini boleh berjalan tanpa talian Internet dan sokong platform Windows, Mac, iOS, dan Android. Fungsi yang terkandung dalamnya amat banyak. Ia boleh jadi alternatif kepada Adobe Acrobat, PDFelement, dan banyak servis PDF dalam talian lain.
Aplikasi dalam talian biasanya digunakan oleh kita kerana mudah dan percuma. Namun, risiko paling besar guna solusi dalam talian adalah keselamatan kerana anda muat naik dokumen kepada pihak ketiga.
Dalam artikel tips & tricks kali ini, saya nak kongsi solusi komprehensif untuk semua keperluan PDF anda.
- Masalah dengan aplikasi PDF dalam talian
- PDFgear solusi PDF all-in-one dan percuma
- Orang yang sesuai guna PDFgear
- Muat turun PDFgear di pelbagai platform

Masalah dengan aplikasi PDF dalam talian
Selain daripada isu keselamatan, pengguna biasa gunakan lebih daripada satu APP untuk kendalikan kerja-kerja berkaitan PDF dan sering kali ia datang dengan had-had tertentu. Contohnya, ada yang tetapkan had pada saiz fail, ada yang letakkan watermark pada dokumen yang dijana. Segelintir aplikasi komputer pula sembunyikan ciri-ciri seperti menyunting dokumen ataupun OCR disebalik dinding berbayar.
Sudahlah guna banyak APP, kena keluarkan wang untuk buka fungsi tertentu pula. Pasti proses kerja jadi terabur. Satu untuk convert, satu lagi untuk comress, dan satu lagi untuk isi borang. PDFgear ada semua ciri dan banyak lagi ciri menarik.
PDFgear solusi PDF all-in-one dan percuma
PDFgear padatkan banyak fungsi dalam satu aplikasi dan semuanya boleh digunakan secara percuma. PDFgear boleh diguna tanpa talian Internet, jadi tiada apa yang dimuat naik ke server pihak ketiga. Maka, tiada kerisauan untuk guna PDFgear untuk kendalikan dokumen sulit seperti slip gaji, laporan kesihatan, ataupun laporan akademik.
Semua fungsi boleh diguna tanpa sebarang watermark, had harian, tiada pop-up iklan. Rakyat Malaysia memang gemar produk-produk sebegini.
Ciri utama PDFgear

Sunting PDF
Dokumen PDF boleh disunting pada segi teks, ganti imej, ubah ruang, tambah atau buang seksyen tanpa perlu ia ditukar kepada dokumen Word terlebih dahulu.
Covert dokumen
Dokumen PDF boleh ditukar format kepada format popular lain seperti:
- PDF ke Word
- PDF ke Excel
- PDF ke Powerpint
- Word ke PDF
- Excel ke PDF
- Powerpoint ke PDF
Gabung dan split PDF
Sangat berguna bila nak buat tuntutan bulanan. Kalau ada beberapa PDF, pengguna boleh gabungkan jadi 1 dokumen PDF untuk mudahkan HR. Kalau perlu, dokumen PDF juga boleh dipisahkan jadi beberapa PDF yang lebih kecil.
Isi dan tanda tangan PDF
Nak isi borang penjawatan, isi borang permohonan, isi borang survei dalam bentuk PDF, boleh guna PDFgear dan tanda tangan digital juga boleh diturunkan terus gunakan aplikasi yang sama.
On-Screen Character Recognition (OCR) untuk PDF
Anda ada dokumen fizikal yang dah diimbas jadi digital, kandungan teks dokumen ini boleh dibaca oleh PDFgear. Contohnya, dokumen tulisan tangan boleh diubah jadi dokumen bertaip secara automatik. Ini solusi berguna untuk dokumen lama yang ingin diarkibkan secara digital, gambar lama, ataupun kertas kerja.
Imbas dokumen fizikal jadi PDF
Versi mobile PDFgear ada fungsi untuk guna kamera telefon untuk jana versi PDF kepada resit ataupun dokumen fizikal. Mudahkan anda untuk failkan tuntutan akhir bulan ataupun failkan cukai pendapatan dengan LHDN.
Fungsi AI ada dalam PDFgear
Versi dalam talian PDFgear ada ciri yang diperkasa GPT. Guna perisian ini, rumusan dokumen PDF yang panjang boleh dihasilkan. Daripada situ, isi utama dokuman boleh diekstrak atuapun soalan brekenaan isi PDF boleh ditanya. Ia berguna untuk penyelidik, pelajar, ataupun pekerja yang tangani dokumen panjang berjela.
Orang yang sesuai guna PDFgear
Pelajar
Penghantaran tugasan kerja kursus secara PDF. Nota yang diambil sewaktu kelas boleh ditukar jadi versi digital ataupun isi borang pendaftaran universiti.
Penyelidik
Bantuan merumuskan kertas penyelidikan yang panjang untuk bantu mudahkan pemahaman kerja penyelidik lain. Bantuan mengisi borang permohonan geran ataupun memampatkan PDF jadi saiz lebih kecil untuk jimat ruang storan komputer.
Pekerja Pejabat
Pengurusan dokumen digital yang lebih efisien. Memo, resit, dan dokumen pejabat boleh disimpan dengan pantas. Borang laporan prestasi hujung tahun boleh diisi dengan pantas.
Muat turun PDFgear di pelbagai platform

PDFgear dilihat boleh gantikan perisian seperti Adobe Acrobat, Foxit Reader, Smallpdf, Sejda, iLovePDF dan banyak lagi. Ia ada di semua platform utama. Pautan muat turunnya adalah seperti berikut:
Kalau anda rasakan artikel ini berguna, sila kongsi dengan rakan-rakan anda. Selain PDF, perisian apa lagi yang anda perlukan? Saya boleh tolong carikan solusi yang efisien ataupun percuma.