Plug masuk pemacu kilat USB, masukkan PIN, pindah data, fail akan disimpan selamat. Itulah apa yang pendrive USB Kingston Ironkey lakukan bila digunakan. Tahukah anda produk ini terima pensijilan keselamatan paling ketat di dunia?
Untuk kebanyaakan pengguna ia adalah sesuatu yang trivia. Namun, untuk segelintir pengguna dan organisasi di Malaysia, ia adalah isyarat yang data yang terkandung dalamnya dilindungi dengan ketat.
Kingston IronKey Keypad 200 series USB Drive
Kingston ada produk storan USB yang baharu yang terima pensijilan keselamatan tertinggi untuk storan. Kali ini dalam siri IronKey Keypad 200 series untuk sertai siri D500S yang sedia ada. Sama seperti IronKey D500S, IronKey Keyoad 200 juga ada pengesahan keselamatan NIST FIPS 140-3 Level 3, pengesahan yang diguna pakai oleh kerajaan A.S dan beberapa industri sensitif.

Ia menjadikan Kingston kini ada 3 solusi storan ultraselamat yang boleh dipilih.
FIPS 140-3 Level 3 bukan label sebarangan. Ia adalah piawaian yang dirakukan kerajaan di seluruh dunia. Ia fokus kepada kaedah penyulitan data dan juga bagaimana perkakasan beri respons kepada cubaan untuk mengubah suai data.
Sebagai memudahkan pemahaman:
- Data disulitkan di peringkat perkakasan
- Data selamat walaupun perkakasan dicuri
- Data akan musnah sekiranya ada cubaan untuk mengubah suai
Perkara ini penting untuk agnesi sensitif seperti kerajaan, industri kesihatan, perundangan dan mana-mana industri yang mengendalikan data-data sensitiff.

Spesifikasi teknikal Kingston IronKey Keypad 200
IronKey Keypad 200 ditawarkan dalam variasi 16GB hingga 512GB. Kaedah penyambungan yang boleh digunakan adalah USB-A dan juga USB-C. Ia tidak perlukan perisian tambahan untuk digunakan jadi ia sesuai untuk semua jensi komputer yang ada USB seperti Windows, macOS, Linux, ChromeIS, dan Adnroid juga.
Pada sudut kelajuan perpindahan data, varian 256GB dan kebawah menyokong kelajuan baca/tulis masing-masing 145MB/s dan 115MB/s. Varian 512GB pula ada kelajuan tertinggi iaitu 280MB/s dan 200Mb/s bila disambung pada port USB 3.0.
Setiap pemacu IronKey Keypad 200 ada kekalisan debu dan air pada paras IP68 menakala papan litar dalam badannya diselaputi epoxy untuk berikan lebih kelasakan.
Produk ini dilindungi jaminan 3 tahun beserta sokongan teknikal percuma.
Harga jualan Kingston IronKey Keypad 200 di Malaysia adalah bermula RM569 hingga RM1,606 bergantung kepada storan dan kepala penyambung.
