Resipi mi kari yang mudah disediakan dan paling sedap. Resipi mi kari yang mudah disediakan dan paling sedap.

Mi Kari Yang Buat Tak Boleh Stop Makan

Jika anda cari resipi mi kari paling mudah yang sedap seperti di kedai, anda berada di tempat yang betul! Resipi ini sesuai untuk lebih 10 orang dan menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di dapur. Kuahnya pekat, berlemak, dan penuh aroma, sesuai untuk makan bersama keluarga atau majlis kecil.

YouTube player

Resipi Mi Kari

Berikut adalah bahan-bahan untuk kuah kari:

  • 1 ekor ayam
  • 3 peket serbuk kari
  • 1 kotak santan
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 halia besar ibu jari
  • 2 liter air
  • 1 kiub ayam
  • asam keping
  • garam
  • gula

Air masak adalah bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini. Kuah mi kari biasanya lebih cair daripada kuah kari jika nak makan dengan nasi. Kemudian, untuk lauk-lauk dalam mi kari, senarainya adalah seperti berikut:

  • sawi
  • fucuk ikan
  • kacang panjang
  • terung
  • tauhu
  • bebola ikan

Sawi, terung, dan kacang panjang sebaiknya dicelur dahulu untuk lembutkannya. Kemudian, kacang panjang, terung, dan fucuk ikan dipanggang dalam over untuk berikan rasa panggang dan kerangupan yang serasi dengan kelembutan tauhu dan mi kuning sewaktu makan nanti.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan