Laptop antara RM3,000 hingga RM5,000 adalah segmen yang sangat kompetetif. Saya lihat ia sebagai sweet spot untuk sebuah laptop yang berkaliber, boleh buat kerja, tapi harga masih mampu lagi boleh dengar. 5 tahun lepas, memang bawah RM3,000 adalah julat harga yang boleh anda tengok tapi sekarang tak lagi.
Harga semikonduktor naik, kos meningkat. Makanya pengeluar terpaksa naikkan harga jualan juga. Dalam ruang RM3,000 hingga RM5,000 anda boleh dapat laptop yang selesa spesifikasi daripada segi CPU berprestasi tinggi, skrin OLED cantik, RAM dan storan luas, serta kualiti binaan baik.
Ini adalah senarai laptop terbaik RM3,000 hingga RM5,000 di Malaysia pada hemat saya.
Laptop terbaik RM3,000 hingga RM5,000 sekilas pandang
| Laptop | Harga | CPU | RAM | Nota |
|---|---|---|---|---|
| MacBook Air M4 | RM4,499 | Apple M4 | 16GB unified memory | Terbaik keseluruhan |
| Lenovo IdeaPad Slim 5 OLED | RM4,464 | Ryzen AI 7 445 | 32GB DDR5 | Produktiviti terbaik |
| ASUS Zenbook 14 OLED | RM4,299 | Intel Core Ultra 5 225H | 16GB LPDDR5X | OLED mampu milik |
| ASUS Vivobook 14 | RM3,597 | Ryzen AI 7 350 | 16GB DDR5 | Copilot+ termurah |
| Lenovo IdeaPad Slim 3 | RM3,399 | Intel Core Ultra 5 322 | 16GB DDR5 | Harga bajet terbaik |
| ASUS V16 | RM4,899 | Intel Core 5 210H + RTX 5050 | 16GB DDR5 | Terbaik untuk kerja berat |
1. MacBook Air M4 — Terbaik keseluruhan

Harga: RM4,499
Kepada majoriti, MacBook Air M4 adalah pilihan terbaik untuk bajet kurang daripada RM3,499. Walaupun model tahun 2025, prestasi yang ditawarkan laptop ini tak boleh dipandang enteng. Cip M4 Apple ini ada 10 terus CPU, 10 teras GPU dan 16 teras NPU yang mampu dukung tugasan berat seperti programming, sunting gambar dan video tanpa masalah.
Kelebihan nyata MacBook Air berbanding semua laptop dalam senarai ini adalah hayat bateri. Apple iklankan laptop ini ada 18 jam tempoh guna dan ia tidak mengejutkan kerana laptop ini gunakan cip berasaskan ARM yang memang terkenal dengan kecekapan tenaga.
Satu kekurangan MacBook Air M4 kalau anda ambil yang paling murah adalah saiz skrin terhad kepada 13”. Pengguna yang perlukan ruang kerja luas perlu dapatkan monitor tambahan ataupun dapatkan MacBook Air M4 16” berharga RM4,499. Kemudian, satu lagi masalah adalah kalau anda berhijrah daripada Windows ke Mac kerana perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
Saya sarankan MacBook Air M4 untuk semua orang kecuali anda nak gunakannya untuk gaming.
2. Lenovo IdeaPad Slim 5 OLED (83S1005EMJ) — Produktiviti terbaik

Harga: RM4,464
Nak laptop power, mudah alih, tapi tak biasa guna MacOS, anda boleh cuba usyar IdeaPad Slim 5 OLED (83S1005EMJ). Atas papan utama, IdeaPad Slim 5 OLED ada AMD Ryzen AI 7 445 yang ada keupayaan AI sehingga 50 TOPS. Ia lantas layak terima cap Copilot+ PC untuk manfaatkan sejumlah ciri AI yang ada dalam sistem operasi Windows.
Tambah baik, kedua-dua bahagian RAM dan storan laptop ini boleh dinaik taraf. Namun, RAM yang tersedia dalam kotak sudahpun 32GB yang dirasakan lebih daripada cukup. Malah, ia ada 2 slot storan yang boleh dimanfaatkan bila perlu. Jadi, potensi untuk naik taraf laptop ini adalah sangat besar.
Pada segi mudah alih, ini adalah laptop dengan panel 14” OLED 100% DCI-P3 dan DisplayHDR True Black 500.
Bateri yang ia ada adalah 60Wh dan itu sedikit kekurangan laptop ini sebab dengan semua komponen yang ia tampung, sudah tentu ia perlukan tenaga yang banyak untuk beroperasi. Jadi, saya tak sarankan laptop ini untuk yang sensitif dengan ketiadaan plug point bila berada di luar dan yang tak kerap guna perisian seperti AutoCAD, Adobe, Capcut, dan lain-lain.
Beli Lenovo IdeaPad Slim 5 OLED
3. ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) — OLED mampu milik

Harga: RM4,299
Bajet ketat? Jimat RM200 dan dapatkan ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405). Ini adalah laptop 14” yang ada bateri paling besar dalam senarai ini. Ultrabook dengan bateri 75Wh bermakna tempoh guna yang panjang, sesuai untuk yang biasa buat kerja di cafe atau sentiasa berpindah randah.
Atas papan utama, ia ada Intel Core Ultra 5 225H dengan GPU Intel Arc. RAM yang ia ada adalah 16GB LPDDR5X (tidak boleh dinaik taraf) dan storan 512GB PCIe 4.0 SSD.
Skrin OLED ZenBook 14 OLED cakupi 100% DCI-P3, DisplayHDR True Black 500 dan kecerahan maksimum 500 nits. Orang yang kerap reviu hasil-hasil kerja kreatif yang perlukan skrin jitu warna akan dapati laptop ini sangat memudahkan kerja.
4. ASUS Vivobook 14 (M1407K-ALY061WS) — Copilot+ termurah

Harga: RM3,597
ASUS Vivobook 14 (M1407K-ALY061WS) ada banyak ciri-ciri menarik tanpa perlu tembusi paras harga RM4,000. Atas papan utama, ia ada AMD Ryzen AI 7 350 dengan NPU yang mampu beroperasi pada paras 50 TOPS. Jadi, ia ada label Copilot+ PC dan sokong banyak fungsi AI Microsoft yang berguna.
CPU itu dipadankan dengan RAM DDR5 16GB serta storan 512GB PCIe yang pada hemat saya cukup untuk kegunaan harian masa ini. Skrin laptop ini adalah sebesar 14” daripada panel OLED. Menariknya skrin laptop ini adalah ia ada ratio 16:10 bermakna ruang kerja adalah luas dan panel ini sokong sRGB 100% sesuai untuk kerja-kerja kreatif yang perlukan paparan jitu warna.
Skrin yang kecil bermakna ia juga ringan. Beratnya cuma 1.46kg sahaja tapi masih mampu dinaik taraf RAM dan storannya. Walaupun specs hampir sama dengan Zenbook 14 tadi, tapi ciri AI yang lebih baik padanya jadikan laptop ini sesuai untuk geng-geng IT yang pasang AI pada mesin sendiri.
5. Lenovo IdeaPad Slim 3 (83UQ0021MJ) — Harga bajet terbaik

Harga: RM3,399
Lenovo IdeaPad Slim 3 (83UQ0021MJ) adalah model paling mampu milik dalam senarai ini.
Ia diperkasa Intel Core Ultra 5 322 dengan Intel Graphics. CPU itu dipadankan dengan 16GB DDR5 dan 512GB PCIe 4.0 SSD. Spesifikasinya tidak gempak tapi memenuhi keperluan asas untuk kegunaan masa ini. Kombinasi ini sesuai untuk kegunaan pelajar universiti yang tak gunakan aplikasi berat CAD, 3D, animasi, ataupun penyuntingan gambar.
Skrinnya adalah daripada panel IPS sebesar 14” dengan resolusi WUXGA. Walaupun tak menggunakan panel OLED, skrin IPS pun bagus juga sebab ada sudut pandang yang luas dan biasanya lebih cerah berbanding skrin OLED.
Kekuatan sebenar laptop ini adalah potensi naik taraf yang ia ada. Ia ada satu slot RAM yang boleh terima sehingga 16GB DDR5 untuk setai 8GB yang sedia terpateri atas papan utama. Jumlah RAM akan jadi 24GB. Kemudian, ia juga ada dua slot storan NVME. Yang disediakan adalah 512GB dan slot kosong lagi satu boleh terima sehingga 1TB.
6. ASUS V16 (V3607VH) — Terbaik untuk kerja berat

Harga: RM4,899
Laptop terakhir ini saya tujukan kepada content creator. Mereka perlukan mesin yang ada GPU discreet untuk tampung tugasan berat sunting gambar dan video. Asus V16 ini ada RTX 5050 8GB yang agak baharu. Jadi ia takda masalah untuk jalankan Adobe Premier Pro, Photoshop, Blender, DaVinci Resolve, dan lain-lain peralatan AI.
GPU ini disokong oleh CPU Intel Core 5 210H, RAM 16GB DDR5 dan storan 512GB PCIe 4.0 SSD. Kedua-dua RAM dan storan boleh dinaik taraf bile diperlukan nanti. Skrin laptop ini juga besar pada 16” dan kadar segar semula 144Hz. Kalau dah bosan kerja, boleh guna juga untuk gaming.
Skrin besar dan ada GPU berkuasa tinggi bermakna anda terpaksa korbankan ciri mudah alih. Beratnya hampir 2kg dan itu belum termasuk power supply 150W yang agak besar.
Saya suka laptop gaming ini sebab rekaannya tidak terlalu menonjol. Jadi, tak segan nak bawa masuk pejabat.
Laptop bajet RM3,000 hingga RM5,000 paling berbaloi?
Buat majoriti pengguna, MacBook Air M4 ada pakej yang lengkap. Prestasi tinggi, hayat bateri panajng, kualiti binaan baik, dan ringan juga. Cabaran terbesar adalah untuk pengguna yang biasa guna Windows untuk belajar Mac yang mengambil sedikit masa.
Ideapad Slim 5 OLED, Zenbook 14 OLED, dan Vivobook 14 masing-masing ada CPU berkuasa tinggi untuk tampung kerja separa berat dan berkaitan AI. Mereka ada skrin OLED yang sesuai untuk kerja-kerja sensitif warna.
Ideapad Slim 5 OLED ada kelebihan untuk dinaik taraf RAM dan storan sementara Zenbook 14 OLED tiada. Zenbook 14 OLED ada kapasiti bateri paling besar, bermakna tempoh guna juga panajng.
Tapi kalau bajet adalah halangan, Vivobook 14 ada CPU satu tahap lebih rendah dan merupakan Copilot+ termurah dalam senarai ini. Lagi tentang kos, Ideapad Slim 3 juga ada potensi naik taraf macam model Slim 5 OLED. Namun sebagai laptop paling mampu milik, anda perlu berpuas hati dengan CPU Intel kelas permulaan.
Akhir sekali, saya selitkan Asus V16 untuk content creator yang faktor mudah alih ada di paling bawah dalam senarai produktiviti.
