Pas roaming Haji dan Umrah: Harga, kuota, dan tip penting

Kemaskini November 2025

Anda dah bersedia berangkat ke Mekah dan Madinah untuk Haji ataupun Umrah. Kini pastinya anda sedang berfikir macam mana nak kekal berhubung di tanah suci. Kalau tak mahu beli kad SIM Arab Saudi, anda boleh sahaja langgan pas perayauan telco Malaysia. Ada banyak pilihan tempoh sah dan harga.

Senarai di bawah mengandungi semua maklumat pelan perayauan Arab Saudi untuk setiap telco utama di Malaysia.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar CelcomDigi

CelcomDigi ada tawarkan 4 jenis pas perayauan yang boleh dipertimbangkan iaitu:

  • 3-Day Unlimited Pass – RM48
  • 7-Day Unlimited Pass – RM58
  • 14-Day Unlimited Pass – RM98
  • 30-Day Unlimited Pass – RM118

3-Day Unlimited Pass dan 7-Day Unlimited Pass berikan anda kuota Internet berkelajuan tinggi 2GB sehari. Jika melebihi penggunaan, kelajuan akan dihadkan kepada 1Mbps. Pelanggan turut menerima kuota panggilan sebanyak 15 minit. Beza antara kedua-dua pas adalah tempoh sah sama ada 3 hari ataupun 7 hari.

Kalau anda tinggal di Madinah atau Mekah lebih panjang daripada itu, sila pertimbangkan pas 14-Day Unlimited ataupun 30-Day Unlimtied masing-masing berharga RM98 dan RM118. Beza pada tempoh sah sahaja dan anda dapat manfaat serupa seperti kuota harian berkelajuan tinggi 3GB. Kalau terlebih guna, kelajuan dihadkan kepada 1Mbps. Panggilan suara pula diberikan sebanyak 15 minit.

Anda boleh layari laman rasmi perayauan CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Maxis

Di bawah Maxis, pelan perayauan mereka dibahagikan kepada untuk pascabayar Maxis, pascabayar Hotlink, dan prabayar Hotlink. Untuk pascabayar Maxis, berikut adalah pilihan yang ada:

  • 1 Day DataRoam Pass – RM38
  • 15 Days Data Roaming Pass – RM89
  • 30 Days Data Roaming Pass – RM119

Dua pelan yang lebih mahal iaitu RM89 dan RM119 berikan anda data berkelajuan tinggi harian sebanyak 2GB diikuti dengan sambungan dihadkan kelajuan kepada 1Mbps sekiranya melebihi kuota.

Prabayar Hotlink ada pelan roaming haji/umrah yang menarik, lebih menarik berbanding yang ditawarkan CelcomDigi kerana harganya lebih murah. Pelan 3 hari telah dimansuhkan untuk dignatikan dengan pelan 15 hari dan akhirnya pelan 30 hari untuk roaming Arab Saudi prabayar Hotlink. Untuk pascabayar dan prabayar Hotlink, berikut adalah pilihan yang anda ada:

  • 1 Day DataRoam Pass – RM20
  • 7 Days ASIA Pacific DataRoam Pass – RM50
  • 15 Days ASIA Pacific DataRoam Pass – RM75
  • 30 Days ASIA Pacific DataRoam Pass – RM100
Roaming Haji & Umrah Hotlink Postpaid & Prepaid

Kuota Internet untuk pelan perayauan pascabayar dan prabayar Hotlink adalah antara 1GB dan 5GB. Apabila penggunaan melebihi kuota, kelajuan diturunkan kepada 512kbps sahaja.

Anda boleh layari laman rasmi perayauan Maxis dan Hotlink untuk maklumat lanjut.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar U Mobile

Buat pelanggan U Mobile, pas perayauan untuk pascabayar dan prabayar tidak berkongsi antara satu sama lain. Pelanggan pelan U Family 128, U Postpaid 98, U Postpaid 68 V1, U Biz 98, dan U Biz 68 V1 terima kuota bulanan percuma sebanyak 15GB.

U Mobile roaming haji umrahå

Untuk lain-lain pelanggan pascabayar U Mobile, mereka boleh pertimbangkan pas perayauan seperti berikut:

  • Roam Share 5GB 7 days – RM35
  • Roam Share 2GB 1 day – RM15
  • 24-Hour Roaming 1 day – RM38
  • Multi-Day Roaming 7 daus – RM60

Untuk nikmati pelan perayauan ini, saya dapati anda kena sambung kepada telco Zain Arab Saudi, barulah anda boleh mengakses pelan ini. Jika anda bersambung dengan rangkaian Mobily, pilihannya agak terhad.

Anda boleh layari laman rasmi perayauan U Mobile untuk maklumat lanjut.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Uni5G

Pas perayauan Uni5G adalah sama antara pascabayar ataupun prabayar. Untuk Arab Saudi, anda boleh pertimbangkan pelan seperti:

  • Uni5G Roam Middle East Unlimited 1-day – RM35
  • Uni5G Roam Middle East Unlimited 7-days – RM45
  • Uni5G Roam Middle East Unlimited 15-day – RM75
  • Uni5G Roam Middle East Unlimited 30-day – RM85
unifi mobile roaming haji

Semua pas ini berikan penggunaan “tanpa had”. Walau bagaimanapun terdapat FUP dikenakan ke atasnya. Semua pelan ini ada kuota Internet berkelajuan tinggi 1GB setiap hari dan sekiranya penggunaan melebihi kuota, kelajuan capaian Intenret dikurang kepada 512kbps.

Anda boleh layari laman rasmi perayauan Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Yes 5G

Yes 5G ada pas perayauan paling mahal dalam senari ini. Hanya ada satu pilihan sahaja disediakan iaitu RM38/hari. Lebih parah, kuota Internet yang ditawarkan hanyalah 400MB sahaja.

yes 5g roaming haji

Anda boleh layari laman rasmi perayauan Yes 5G untuk maklumat lanjut.

Pelan roaming terbaik untuk haji & umrah

Sekiranya anda perlukan capaian Internet selama 30 hari di Arab Saudi, berikut adalah analisis ringkas tentang pilihan terbaik yang anda ada.

CelcomDigi 30-Day Unlimited Pass
Pada harga RM118, anda dapat kuota Internet berkelajuan tinggi sebanyak 3GB. Sekiranya terlebih guna, kelajuan akan diselaraskan kepada 1Mbps, kelajuan yang munasabah untuk masa ini. Kuota harian 3GB cukup untuk kegunaan kasual seperti tengok peta, pemesejan, layari sosial media, dan panggilan suara.

Maxis 30 Days Data Roaming Pass
Ini pelan paling premium, pada hargas RM119, anda dapat kuota berkelajuan tinggi sebanyak 2GB. Sama macam CelcomDigi, kelajuan juga akan turun kalau anda dikesan guna lebih banyak daripada biasa.

Hotlink 30-Day Asia Pacific Pass
Berbekalkan Rm100, anda dapat sehingga 5GB kuota sehari sebelum kelajuan sambungan turun ke 512kbps. Sangat berguna untuk yang tak guna terlalu banyak kuota dan berdisiplin.

Uni5G 30-Day Middle East Unlimited
Uni5G ada pelan 30 hari berharga RM85. Anda dapat kuota harian 1GB berkelajuan tinggi. Ini adalah pas jangka panjang paling berbaloi boleh anda dapatkan unti umrah & haji.

U Mobile
U Mobile ada satu penawaran yang caca marba. Bergantung kepada rangkaian apa yang anda berhubung, pelan yang ditawarkan juga berubah.

Yes
Yes ada pelan roaming paling mahal dan tak berbaloi. Anda dicas RM38/hari dan untuk sebulan, anda akan berbelanja sebanyak RM1,140 kalau perlu sambungan selama sebulan!

Tips untuk gunakan roaming antarabangsa secara cekap

Sebelum Melancong

  1. Beli pas perayauan sewaktu berada di Malaysia dengan cara pergi ke aplikasi telco masing-masing. Ia bagi elakkan cas terkejut terutamanya untuk pengguna pascabayar.
  2. Matikan khidmat peti suara untuk elakkan pihak pemanggil dikenakan cas perayauan sekiranya menelefon anda.
  3. Pastikan had kredit yang cukup untuk elakkan gangguan perkhidmatan sewaktu berada di luar negara.
  4. Periksa terma & syarat perayauan setiap telco supaya anda tahu akan kuota harian, kuota mingguan, kuota bulanan ataupun kuota panggilan suara yang diberikan. Ada juga telco yang berikan kuota perayauan percuma sekali dengan langganan pelan.

Sewaktu melancong:

  1. Aktifkan roaming dalam telefon dan bila ia kesan anda melanggan pas perayauan, anda boleh terus gunakan Internet apabila di luar negara.
  2. Sekiranya masih gagal dapatkan sambungan Internet walaupun dah langgan pas perayauan, periksa tetapan APN dalam setting telefon
  3. Ketahui cara lakukan panggilan telefon dari luar negara iaitu kod negara diiukit dengan nombor telefon. Kod panggilan Malaysia ialah 60 diikuti nombor telefon.
  4. Simpan pautan pantas ke perhidmatan pelanggan telco masing-masing.

Selepas melancong:

  1. Matikan fungsi Data Roaming terutamanya untuk pengguna yang berhampiran dengan sempadan untuk elakkan daripada terkena caj perayauan tak tentu pasal.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *