Majoriti pelan prepaid perlu diperbaharui setiap bulan. Namun ada juga telco yang tawarkan prabayar dengan tempoh sah lebih panjang sehingga 1 tahun. Maknanya, pengguna bayar sekali dan guna sehingga setahun. Selain kelebihan sekali bayar, tempoh sah panjang biasanya jadikan kos bulanan agak rendah, berguna untuk yang nak simpan nombor.
Berikut adalah senarai pelan prepaid validity panjang dengan tempoh sah lebih 30 hari dan perbandingan antara mereka.
Prepaid Tempoh Sah 90 Hari
Ada dua pelan yang memiliki tempoh sah 90 hari, satu daripada Unifi Mobile dan satu lagi daripada CelcomDigi. Daripada specs, Unifi Mobile sesuai untuk kegunaan ringan manakala produk CelcomDigi untuk pengguna yang lebih serius mahukan kuota Internet banyak.
Unifi Mobile Uni5G Wow 3 Bulan
Harga: RM50/3 bulan
Unifi Mobile Uni5G Wow 3 Months tawarkan capaian internet 90 hari pada harga RM50 ataupun kira-kira RM16.67/bulan. Setiap bulan, pelanggan terima data 3GB (4G/5G) dan tambahn 12GB untuk Internet 5G. Kosnya yang murah jadikannya sesuai untuk kegunaan ringan, contohnya mak ayah di kampung ataupun anda yang perlukan Internet untuk telefon kedua. Singgah ke laman rasmi prabayar Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.

CelcomDigi 5G Power 45 (3M)
Harga: RM109/90 hari
Pelan dengan tempoh sah panjang dan juga berikan kuota Internet yang banyak, anda boleh pertimbangkan CelcomDigi 5G Power 45 (3M). Kos efektif langganan anda jatuh pada RM36.33 dan setiap bulan, telco akan berikan anda 250GB kuota dan anda bebas gunakan untuk hotspot sekalipun. Singgah ke laman rasmi prabayar CelcomDigi 5G Power 45 untuk maklumat lanjut.

Prepaid Tempoh Sah 1 Tahun
Unifi Mobile UNI5G WOW 12 Bulan
Harga: RM180/365 hari
Unifi Mobile Uni5G Wow 12 Months adalah pelan setahun yang paling murah dalam senarai ini. Bila dilanggan, kos efektif anda untuk sebulan jatuh kepada RM15 sahaja. Setiap bulan, Unifi Mobile berikan anda data 20GB (4G/5G) dan tambahan 100GB untuk sambungan 5G. Singgah ke laman rasmi prabayar Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.

CelcomDigi 5G Power 45 (12M)
Harga: RM389/365 hari
CelcomDigi 5G Power 45 (12M) ada spesifikasi yang sama saja dengan versi 3M cuma tempoh sahnya dipanjangkan kepada 1 tahun. Makanya, anda dapat kuota 250GB setiap bulan dan boleh gunakan kuota yang sama untuk hotspot. Satu kelebihan pelan 12 bulan berbanding 3 bulan CelcomDigi adalah kos efektif bulanan anda turun kepada RM32.42/bulan. Singgah ke laman rasmi prabayar CelcomDigi 5G Power 45 untuk maklumat lanjut.

Perbandingan Pelan Prepaid Jangka Panjang
| Pelan | Harga | Tempoh sah | Kos efektif/bulan | Data/FUP | Hotspot |
|---|---|---|---|---|---|
| Unifi Mobile UNI5G WOW 3 MONTHS | RM50 | 90 hari | RM16.67 | 3GB + 12GB 5G | Kuota asas |
| Unifi Mobile UNI5G WOW 12 MONTHS | RM180 | 365 hari | RM15.00 | 20GB + 100GB 5G | Kuota asas |
| CelcomDigi 5G Power 45 (3M) | RM109 | 90 hari | RM36.33 | 250GB FUP/bulan | Tanpa had |
| CelcomDigi 5G Power 45 (12M) | RM389 | 360 hari | RM32.42 | 250GB FUP/bulan | Tanpa had |
Pelan Prepaid Jangka Panjang Mana Paling Berbaloi?
Jika keutamaan anda dalah kos, Unifi Mobile Uni5G Wow 12 Months adalah yang terbaik dengan kos bulanan RM15 sahaja. Kalau anda perlukan kuota yang lebih banyak, kedua-dua pelan CelcomDigi 5G Power 45 adalah lebih berbaloi dengan FUP 250GB dan boleh hotspot tampa masalah.
Namun, sebelum langgan pelan validity panjang, anda perlu pertimbangkan kos pendahuluan yang perlu dikeluarkan. Tanya diri sendiri, adakah anda sanggup keluarkan tunai sebanyak RM389 untuk langgan pelan tersebut?
