Produk penawaran BIWIN Malaysia Produk penawaran BIWIN Malaysia

BIWIN alternatif storan Kingston dan Samsung boleh anda pertimbangkan

BIWIN adalah sebuah syarikat semikonduktor yang memfokuskan pada pengeluaran hardware modul memori. Mereka sudah beroperasi sejak 2009 namun sebahagian besarnya berada jauh di dalam industri, jauh daripada pengguna massa sehinggalah akhir 2024 apabila mereka umum keluarkan produk untuk pengguna seperti kita sewaktu acara CES 2025.

Tapi sebelum itu, mari kita ketahui apa yang BIWIN usahakan sebelum mereka tembusi pasaran pengguna massa.

BIWIN ada dalam wearable, laptop, dan banyak lagi

BIWIN Mini SSD

Untuk komputer ultrabook, BIWIN tampil dengan inovasi Mini SSD. Berbanding SSD M.2 2280, solusi Mini SSD BIWIN hanya gunakan ~8.3% ruang atas papan induk untuk berikan keluasan storan yang sama.

Prestasi juga tak dikorbankan kerana ia masih guna PCIe 4.0×2 yang berikan kelajuan perpaindahan data baca/tulis 2,700MB/s dan 3,400MB/s dan keluasan storan boleh mencapai 2TB.

Namun, disebabkan ia tak gunakan kaki penyambung M.2 seperti kebanyakkan produk storan lain, mungkin ia tidak mendapat perhatian sangat daripada pemain industri kerana tidak mahu tersilap langkah mengguna pakai piawaian baharu yang belum terbukti keberkesanannya.

BIWIN ePOP

Teknologi BIWIN juga ada di peranti boleh pakai. Contohnya, Xiaomi Smart Audio Glasses yang dilancar dalam bulan Jun 2025 tempoh hari dikhabar menggunakan module storan daripada BIWIN.

ePOP adalah modul yang mengandungi RAM dan storan dan ia dikhususkan untuk peranti boleh pakai yang diperkasa Snapdragon Wear 3100 / 5100. Konfigurasi ePOP yang paling tinggi adalah RAM 16GB dan storan 64GB.

Berbalik kepada produk pengguna massa, apa yang BIWIN tawarkan untuk saya dan anda?

BIWIN eMMC bergred automotif

BIWIN ada hasilkan eMMC bergred automotif. Produk TAE308/318 melepasi piawaian ketat automotif. Modul storan ini lepasi ujian suhu serendah -40℃ dan setinggi -105℃.

eMMC bergred automotif sokong perpindahan data berprestasi tinggi, kemas kini firmware secara OTA, perlindungan daripada teruputs kuasa, dan sistem pembetulan ralat yang maju untuk pastikan sistem kenderaan beroperasi dalam keadaan optimum.

Selain eMMC, mereka ada produk-produk lain bergred automotif seperti LPDDR, UFS, dan SSD.

Tawaran BIWIN untuk pengguna massa

SSD PCIe 5.0: Generasi baru, lebih pantas

Yang berkira-kira nak upgrade SSD komputer, Biwin ada tawarkan produk storan PCIe 3.0 hingga PCIe 5.0 untuk penuhi bajet dan berkelajuan tinggi.

  • Black Opal X570 PRO – SSD berkelas flagship dengan PCIe Gen5x4, NVMe 2.0, dan kelajuan baca sehingga 14,000MB/s. Produk ini mengguna pakai papan atur 6nm yang terkini dan sehingga 4GB DRAM untuk ciri multitugasan yang lebih baik.
  • Black Opal NV7400 – Storan PCIe Gen4x4 dengan kelajuan sehingga 7,450MB/s untuk kegunaan kebanyakan seperti gamer dan power user.
  • Black Opal NV3500 – Produk kelas pertengahan PCIe Gen3x4 berkelajuan 3,500MB/s untuk tugasan yang lebih kasual tanpa berbelanja besar
  • Biwin NV7200 – Satu lagi pilihan PCIe Gen4 dengan laju pindah 7,200MB/s dalam bentuk M.2 2280. Produk ini sesuai untuk gajet kompak seperti laptop.

Semua SSD ini dilengkapi pad haba berasaskan graphene untuk menyerakkan haba dan seterusnya mengekalkan prestasi sepanjang masa.

Portable SSD: Pemacu kilat mudah alih

Dalam kategori storan mudah alih, Biwin ada Amber PM2000 dan PD2000 dalam kategori USB 3.2 Gen2x2.

  • PM2000 – SSD bersaiz poket dengan laju pindah 2,000MB/s. Pada unit ini terdapat magnet yang bermakna boleh disangkut di belakang iPhone yang sokong Magsafe.
  • PD2000 – SSD ringan, hanya 30g dengan kapasiti 4TB. Kelajuan perpindahannya 2,050MB/s (baca) & 1,800MB/s tulis. Model ini sesuai untuk pencipta kandungan yang kendalikan saiz fail yang besar.

RAM DDR5: Memori pantas untuk gamers & pencipta kandungan

Biwin juga perluaskan penawaran mereka ke dalam RAM DDR5. Berikut adalah pilihan yang ada:

  • Black Opal DW100 DDR5 RGB – RAM berkelajuan 8,400MT/s dengan lampu RGB serta sistem kawal selia haba yang optimum untuk geng “overclock”
  • Black Opal HX100 DDR5 – RAM yang beroperasi pada paras 7,200MT/s dan sokong piawiaan XMP3.0 dan AMD EXPO.
  • DDR5 SODIMM – Kit RAM untuk anda naik taraf memori laptop. Kelajuannya mencecah 5,600MT/s dan ada ECC error correction untuk lebih kestabilan.
  • DDR5 UDIMM – Kit RAM format baharu untuk desktop. Ia bekerja pada paras 5,600MT/s dan ada cip kawal selia kuasa PMIC untuk kecekapan tenaga yang baik

Anda boleh layari laman rasmi Biwin untuk maklumat lanjut.