RAM KLEVV DDR5 Tokok 4% FPS Ke Dalam Gaming PC Anda

KLEVV CRAS V RGB Prime DDR5 adalah RAM berprestasi tinggi terbaharu jenama itu yang melepasi piawaian AMD EXPO Ultra Low Latency. Ia membolehkan gamers mendapatkan frame rate lebih tinggi daripada permainan kegemaran mereka dengan kelajuan mencapai 8000 MT/s dan latencu serendah CL26.

Sehingga 4% lebih FPS dengan AMD EXPO Ultra Low Latency

Salah satu key selling point untuk CRAS V RGB Prime adalah sokongan AMD EXPO Ultra Low Latency (ULL). Pengeluarnya katakan yang kit 32GB (16GB x2) 6000 MT/s dan 6400 MT/s menyokong ULL. Menurut AMD, produk yang menyokong ULL mampu berikan lebih bingkai sesaat pada purata 4% berbanding RAM tanpa ULL.

Hal ini bermakna, pada sistem yang menyokong ULL, pengguna boleh nikmati prestasi lebih tinggi tanpa menaik taraf komputer khususnya CPU ataupun GPU.

DDR5-6000 CL26 atau sehingga 8000 MT/s

CRAS V RGB Prime datang dalam pelbagai konfigurasi. Varian yang ada 6000 MT/s beroperasi pada latensi CL26 manakala 6400 MT/s pada CL28. Mereka boleh didapatkan dalam kapasiti bermula 32GB hinggalah 128GB. Kemudian, untuk gamers yang pentingkan kelajuan memori maklsimum, KLEVV juga tawarkan 8000 MT/s pada CL38 dan pilihan kapasiti memori yang ditawarkan adalah sama ada 32GB atuapun 48GB.

Kesemua model menyokong kedua-dua AMD EXPO dan Intel XMP bermakna mereka boleh dipadankan dengan sistem AMD Ryzen AM5 dan juga Core Ultra 200S Plus tanpa masalah.

Lampu RGB komponen penting

Beralih daripada cerita prestasi, CRAS V RGB Prime daripada segi rekaan menampilkan kemasan badan hitam dan emas. Ia juga dilengkapi lampu RGB dengan sokongan ASUS Aura Sync, Gigabyte RGB Fusion, MSI Mystic Light Sync, dan ASRock Polychrome Sync. KLEVV katakan yang RAM DDR5 terbaharu mereka ini akan mula dijual seawal November 2026.