KLEVV lancar 3 SSD PCIe Gen4, sehingga 4TB

KLEVV perluaskan penawaran SSD mereka dengan beberapa produk baahru. Ada tiga SSD baru dalam kategori PCIe Gen4 NVME iaitu CRAS C930, CRAS C925G, dan CRAS C910G. Mereka hadir dalam pelbagai paras harga dan berlainan fokus pengguna sasarannya.

CRAS C930 untuk prestasi maksimum

KLEVV CRAS C930 adalah model flagship dalam kalangan tiga produk yang dilancarkan ini. SSD ini guna antaramuka PCIe GEN4 x4 dan patuhi piawaian NVMe 1.4. Ambil contoh varian 2TB, ia boleh berikan prestasi baca sehingga 7,400MB/s dan kelajuan tulis sehingga 6,800MB/s. Ujian baca tulis rawak pula membuahkan angka sehingga 1,000K IOPS.

Lain-lain ciri menarik yang ada pada SSD ini adalah seperti cache DRAM, intelligent SLC, S.M.A.R.T monitoring, LDPC EEC, dan lain-lain. Untuk menyejukkan komponen-komponen elektronik yang terkandung dalamnya, KLEVV bagi sekali heatsink alumunium bersirip, katanya boleh turunkan suhu sehingga 20% berbanding SSD yang tiada heatsink.

Anda boleh dapatkan CRAS C930 adalah versi 1TB dan 2TB. SSD ini juga boleh digunakan pada slot SSD PlayStation 5 kalau anda nak tahu. Di Shopee, varian 2TB CRAS C930 dijual pada harga hampir RM1,900.

Laman produk CRAS C930.

CRAS C925G seimbang antara prestasi dan harga

Model yang ekdua adalah CRAS C925G yang terletak ditengah-tengah antara flagship dengan yang kelas permulaan. Ia mempunyai prestasi yang sama dengan C930 tadi pada segi kelajuan tulis dan baca. Prestasi tulis/baca rawak pula sedikit rendah, pada sekurang-kurangnya 700K IOPS.

Selain angka IOPS, satu lagi beza C925G dengan C930 adalah pada komponen penyejuknya. Model ini gunakan hetsink jenis komposit graphene-kumprum. SSD ini juga sesuai digunakan pada PlayStation 5 ataupun laptop/desktop yang ada ruang sempit untuk tempatkan SSD storan.

C925G ditawarkan dalam pilihan 500GB, 1TB, dan 2TB. Walau bagaimanapun, produk ini tidak tersenarai dalam Shopee buat masa ini untuk saya kongsikan harga jualannya.

Laman Produk CRAS 925G.

CRAS C910G tawar storan sehingga 4TB

Buat pengguna yang perlukan ruang simpan serba luas, CRAS C910G korbankan sedikit prestasi untuk ruang SSD sehingga 4TB. Pada segi prestasi, ia boleh capai kelajuan baca sehingga 5,200MB/s dan kelajuan baca sehingga 4,800MB/s dengan angka baca/tulis rawak masing-masing5 540K dan 600K IOPS, bergantun kepada kapasiti.

Sama seperti C925G, heatsink pada C910G juga adalah daripada jenis komposi graphene-kumprum dan seperti yang dikatakan tadi, pilihan keluasan storan yang ditawarkan adalah 500GB, 1TB, 2TB, dan 4TB. Di Shopee, harga untuk 2TB C910GB adalah kira-kira RM1,600.

Laman Produk CRAS C910G.

Tiga SSD untuk tiga keperluan berbeza

Secara ringkasnya, CRAS C930 adalah untuk mesin berprestasi tinggi, C925G untuk yang perlukan komponen yang nipis untuk ruang pemasangan sempit dan akhir sekali 910 adalah untuk yang perlukan kapasiti SSD luas.

ModelBacaTulisKapasitiCiri Utama
C9307,400 MB/s6,800 MB/s1TB–2TBDRAM + heatsink
C925G7,400 MB/s6,500 MB/s500GB–2TBSlim graphene-copper heatsink
C910G5,200 MB/s4,800 MB/s500GB–4TBKapasiti tinggi