Origin Code VORTEX DDR5: RAM dengan tiga kipas penyejuk

VORTEX DDR5 adalah satu produk baharu daripada Origin Code, jenama yang ada kaitan dengan BIWIN. Ia adalah komponen RAM untuk komputer desktop yang katanya DDR5 pertama dunia yang ada sistem penyejukan tiga kipas. Jelas produk ini ditujukan pada pengguna high-end yang tak nak risau tentang haba.

DDR5 pantas, kapasiti pelbagai

Pengguna yang berminat untuk merasai teknologi RAM baharu ini ada pilihan kapasiti bermula 32GB hinggalah 256GB berdasarkan keperluan komputer mereka. Paras latensi produk ini adalah serendah 6,200 MT/s dan boleh pergi sehingga 8000 MT/s. Untuk pengguna CPU Ryzen 9, VORTEX DDR5 juga ditawarkan dalam jenis dual EXPO.

Kenapa nak letak kipas dalam RAM?

Kalau anda tertanya-tanya sedemikian, penyejukkan aktif memastikan prestasi komputer sentiasa berada pada paras tertinggi tanpa menghadapi masalah bottleneck akibat daripada overheating. VORTEX DDR5 ada tiga kipas 40mm yang sentiasa berputar untuk menyejukkan komponen tersebut.

Berbanding sistem penyejukkan pasif, sistem penyejuk VORTEX DDR5 katanya 40% lebih baik untuk membuang haba daripada sistem. Ia penting untuk tugasan pengkomputeran yang berat seperti gaming, penyunting video, dan pemerosesan AI.

Rekaan futuristik dan premium

Selain prestasi, VORTEX DDR5 juga tak lupakan hal estetik. Ia ada kemasan alumunium berkilat yang berikan rupa premium dan cocok untuk mesin gaming zaman moden ini yang majoritinya ada badan lutsinar untuk peragakan komponen yang berada di dalamnya.

Sungguhpun ia nampak seperti overkill untuk kegunaan biasa, ia sangat diperlukan untuk pengkomputeran berat dan pastinya sangat didambakan golongan enthusiast untuk memantapkan komputer mereka.

Dilancarkan di Taiwan, harga produk ini di sana adalah bermula NTD 11,000 (RM1,375).

Sumber: Origin Code

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *