BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Astro X3 vs sooka: Perbandingan harga, saluran, dan ciri tambahan

Astro X3 petanda Astro dah fokuskan pada penstriman berbanding guna piling satelit. Produk baru ini boleh dilanggan pada harga bermula RM39.99/bulan dan pelanggan boleh layan kandungan Astro tanpa Astro box, piring satelit, ataupun apa-apa pepasangan fizikal.

Tapi jangan lupa yang Astro sudah ada sooka iaitu servis penstriman mudah alih mereka sendiri. Harganya pun lebih menarik pada RM13.90/bulan dan ia beri akses pada banyak saluran Astro termasuklah saluran sukan.

Jadi, apa beza Astro X3 dengan sooka?

Astro X3 vs sooka: Perbandingan harga

Buat masa ini, Astro X3 ditawarkan dengan langganan 12 bulan kontrak. Pelan tanpa kontrak hanya boleh dilanggan bermula Disember 2026 ini dan harga langganan adalah RM20 lebih mahal daripada penawaran tanpa kontrak.

PelanHarga
Astro X3 Entertainment 12 PackRM39.99/month
Astro X3 Sports 12 PackRM89.99/month
sooka EntertainmentRM13.90/month
sooka Entertainment+RM28/month
sooka Sports + EntertainmentRM29.60/month
sooka PremiumRM47.10/month

Daripada segi harga, nampak macam sooka jauh lebih murah. sooka Entertainment iaitu pelan paling murah adalah kira-kira satu pertiga daripada pelan termurah Astro X3 Entertainment. Kalau nak tonton kandungan sukan, sooka Sports + Entertainment boleh didapatkan pada harga serendah RM29.60 kalau nak banding Astro X3 RM89.99.

Harga jauh lebih mahal tapi Astro X3 ada kelebihan kerana ia boleh ditonton di TV sedangkan sooka Sport + Enternainment hanya boleh dilayan di telefon pintar dan tablet. Kalau nak fungsi stream ke TV, pelanggan perlu ambil sooka Premium RM47.10/bulan.

sooka ada sebahagian besar saluran Astro

Astro X3 tawarkan pengalaman Astro lengkap tanpa kelengkapan fizikal. Tapi sooka sebenarnya dah ada majoriti kandungan Astro yang boleh ditonton. Antara saluran yang terkandung dalamnya adalah:

  • Astro AEC
  • Astro Hua Hee Dai
  • Astro Ceria
  • Astro Oasis
  • Astro Rania
  • Astro Aura
  • tvN HD
  • ONE HD
  • KBS World HD
  • AXN HD
  • HITS HD
  • HITS Movies HD
  • CBeebies

Penonton yang majoritinya melayan k-drama, movie, drama cina, ataupun kerohanian, sooka nampak macam dah ada liputan sebahagian besar keperluan anda.

sooka pun murah untuk tonton bola

Orang langgan Astro sebab nak tengok bola. Astro X3 Sports ditawarkan pada harga RM89.99/bulan termasuk dengan 80 saluran, siaran langsung sukan, dan servis tambahan seperti Sport Connect dan Sun NXT Lite.

Namun, sooka Sports + Entertainment pun tak lekeh pada harga RM29.60. Mereka ada saluran seperti:

  • Astro Premier League channels
  • Arena Bola
  • Astro Arena
  • Astro Badminton
  • Astro Sports Plus
  • beIN SPORTS 1
  • beIN SPORTS 2
  • beIN SPORTS 3
  • W-Sport
  • Astro Golf
  • Astro Cricket

Kalau setakat tonton EPL dan F1, langgan sooka dah cukup. Tapi kalau nak layan MotoGP, sooka tiada SpoTV.

Perkara yang Astro X3 ada, tapi tidak di sooka

Selain ada saluran yang banyak, aplikasi Astro GO pada Astro X3 ada beberapa ciri tambahan lain. Contohnya, ada fungsi untuk rakam dan mainkan semula kandungan. Pelanggan juga ada akses kepada Astro Originals untuk lebih banyak kandungan. Servis penstriman OTT juga ada seperti:

  • Disney+
  • Prime Video
  • HBO Max
  • Viu
  • iQIYI
  • TVBAnywhere+
  • Sun NXT
  • WeTV
  • ZEE5
  • Qalbox by Muslim Pro

Boleh dikatakan Astro X3 ada cakupan kandungan yang jauh lebih luas berbanding sooka. Jadi, ia boleh penuhi keperluan lebih ramai orang.

Astro X3 vs. sooka: Patut pilih yang mana?

Pilih Astro X3 jika anda nak pengalaman Astro yang lengkap tanpa kotak fizikal, piring satelit, ataupun sebarang pepasangan yang ada kabel berselirat. Anda boleh akses Astro guna Astro GO, sama seperti ciri Multiroom Smart TV. Astro X3 juga berikan pelbagai sambungan servis penstriman untuk penuhi keperluan seisi keluarga.

Pilih sooka jika anda hendak kos bulanan yang paling rendah. Anda boleh layan kandungan hiburan dan kontrak tanpa pening fikirkan kontrak. Pilihan ini sesuai untuk pelanggan yang tahu apa yang nak ditonton dan tak mahu dibanjiri kandungan berulang ataupun tak berkualiti.

Sumber: Astro