Hari Fotografi Sedunia: Dulu Puluhan Jam untuk Satu Gambar, Kini Ratusan Sebelum Makan

Setiap 19 Ogos, Hari Fotografi Sedunia meraikan seni dan teknologi fotografi. Edisi 2026 adalah menarik kerant tahun ini genap 200 tahun usia sejak fotografi tertua pernah direkodkan. Sejak itu, fotografi sudah banyak berubah. Dulu, satu gambar boleh ambil masa berjam-jam untuk dihasilkan. Sekarang, telefon pintar mampu merakam foto beresolusi tinggi dan video 8K dalam sekelip mata.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di akaun Facebook peribadinya sendiri menzahirkan penghargaan kepada jurugambar pelbagai lapisan dan genre kerana menjadi agen mengabadikan memori untuk tatapan orang lain di kemudian hari.

Foto pertama yang ambil masa berjam-jam

Sejarah fotografi bermula dengan Joseph Nicéphore Niépce dan karyanya, View from the Window at Le Gras, sekitar tahun 1826-27.

Niépce menggunakan kaedah yang dipanggil heliografi. Beliau melapisi permukaan dengan bitumen, bahan yang mengeras apabila terkena cahaya. Bahagian yang tidak terdedah kemudian dibuang, meninggalkan kawasan yang mengeras sebagai imej.

Kimia dan elektronik yang digunakan dalam fotografi moden jauh berbeza, tetapi prinsip asasnya masih sama: cahaya ditangkap oleh bahan yang peka cahaya dan diubah menjadi gambar. Filem menggunakan bahan kimia fotosensitif, manakala kamera digital menggunakan sensor untuk menukar cahaya kepada data elektronik.

Fotografi ubah cara kita rekod sejarah

Fotografi bukan sekadar berikan manusia cara baharu untuk menghasilkan gambar. Ia mengubah cara kita mendokumentasikan dunia.

Sebelum kamera wujud, peristiwa sejarah kebanyakannya direkodkan melalui catatan bertulis, lukisan, dan artifak fizikal. Fotografi membawa satu lagi bentuk rekod visual yang boleh dirujuk, iaitu gambar sebenar orang, tempat dan peristiwa.

Ribuan foto dari Perang Dunia Kedua, misalnya, membolehkan kita meneliti konflik itu dan kesannya melalui imej, sesuatu yang sebelum ini hanya boleh diperoleh daripada tulisan dan lukisan.

Foto tetap perlu konteks dan pengesahan; ia bukan bukti yang objektif dengan sendirinya. Namun keupayaannya menyimpan perincian visual menjadikan fotografi alat penting untuk mendokumentasikan sejarah.

Dari filem kepada kamera digital pertama

Fotografi semakin mudah diakses sepanjang abad ke-20 apabila kamera menjadi lebih kecil, filem lebih senang digunakan, dan fotografi berwarna mula berkembang.

Kemudian muncul fotografi digital. Pada tahun 1975, jurutera Kodak, Steven Sasson, membina prototaip kamera digital pertama. Ia jauh lebih besar dan kurang canggih berbanding kamera hari ini, tetapi ia menunjukkan satu teknologi yang akhirnya menggantikan filem untuk kebanyakan kegunaan harian.

Kamera digital membolehkan gambar ditangkap, disimpan, disunting dan dikongsi tanpa perlu memproses filem fizikal.

Telefon pintar membawa kamera ke mana-mana

Perubahan besar seterusnya berlaku apabila kamera menjadi ciri asas telefon bimbit.

Kini, telefon pintar mampu menangkap foto beresolusi tinggi, gambar RAW, tangkapan pantas berturutan (burst shot), malah video 8K. Fotografi kini sebahagian daripada cara kita berkomunikasi setiap hari, terutamanya melalui media sosial.

Hari ini, lebih daripada 50% gambar yang dimuat naik di platform Flickr diambil menggunakan telefon pintar. Namun kamera yang lebih baik juga bermakna fail yang lebih besar.

Fotografi moden mencipta cabaran storan

Foto RAW beresolusi tinggi, tangkapan burst dan video 8K cepat memenuhi ruang storan. Bagi jurugambar dan pencipta kandungan, storan yang pantas dan boleh diharap semakin menjadi keperluan penting dalam kerja harian mereka.

Kingston menawarkan pelbagai penyelesaian storan, dari SSD dalaman berprestasi tinggi hingga pemacu mudah alih.

  • Kingston FURY Renegade G5 PCIe 5.0 NVMe SSD
    • Sehingga 8TB
    • Sehingga 14,800MB/s baca
    • Sehingga 14,000MB/s tulis
    • Sesuai untuk penyuntingan beresolusi tinggi, kerja berat
    • Beli di Shopee
  • Kingston KC3000 PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    • Sehingga 7,000MB/s tulis/baca
    • Untuk kerja berat seperti video 4K dan 3D rendering.
    • Beli di Shopee
  • Kingston XS2000 External SSD
    • Sehingga 2,000MB/s
    • Perlindungan IP55 dengan casing getah serap gegaran
    • Storan gambar mudah alih
    • Beli di Shopee
  • Kingston XS1000 External SSD
    • Sehingga 1,050MB/s
    • Rekaan kompak mudah alih
    • Untuk storan mudah alih tambahan kepada telefon
    • Beli di Shopee
  • Kingston Dual Portable SSD
    • Ada penyambung USB Type-A dan Type-C
    • Sehingga 1,050MB/s
    • Untuk perpindahan gambar secara pantas
    • Beli di Shopee
  • Kingston NV3 PCIe 4.0 NVMe SSD
    • Sehingga 6,000MB/s tulis
    • Sehingga 5,000Mb/s baca
    • Sehingga 4TB
    • Storan mampu milik
    • Beli di Shopee
  • Kingston DataTraveler Exodia M USB Flash Drive
    • USB 3.2 Gen 1
    • Sehingga 256GB
    • Storan pantas untuk kegunaan harian
    • Beli di Shopee

200 tahun kemudian, fotografi terus berubah

Niépce perlukan berjam-jam untuk menghasilkan satu gambar. Hari ini, sebuah telefon pintar boleh menangkap ribuan foto dan berjam-jam video beresolusi tinggi dalam masa yang sama.

Dalam tempoh 200 tahun, fotografi berkembang daripada satu eksperimen sains kepada salah satu cara paling penting manusia merekod, berkongsi dan mengingati dunia. Oleh sebab itu, selagi kamera terus ditambah baik, teknologi untuk menyimpan kenangan itu turut berkembang bersamanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di Kingston.com.