Tonton EPL Cara Paling Ekonomi: Sooka & Astro

Tonton EPL tanpa berbelanja besar di Malaysia. Analisis Sooka, Astro, CelcomDigi, dan Hotlink pada segi kos dan nilai.

Tonton English Premier League (EPL) tak semestinya kena bayar mahal-mahal. Saya bukan nak cadangkan anda pergi kedai mamak tapi ada sahaja solusi bajet yang bolehkan anda tonton dalam keadaan selesa. Sooka adalah salah satu solusi yang tawarkan anda akses kepada EPL secara komprehesif.

Menariknya, ada beberapa kaedah langganan Sooka yang boleh dipertimbangkan anda bergantung kepada keperluan dan bajet. Contohnya, ada pas 24 jam, pas bulanan, pas untuk telefon saja atau pas untuk tonton di TV. Baca panduan komprehensif di bawah untuk info lanjut.

Tonton EPL di Sooka, harga mulai RM12.50

Sekian lama, Sooka adalah kaedah paling ekonomi untuk tonton EPL di Malaysia tanpa perlu anda langgan pakej Astro TV. Platform penstriman milik Astro itu benarkan anda akses saluran EPL sahaja seperti Astro Premier League, Astro Premier League 2, Astro Premier League 3, Astro Premier League 4, dan Astro Premier League 5.

Ada tiga jenis pas yang ada akses sukan dan boleh anda langgan (tidak termasuk TV Stick) bergantung kepada keperluan iaitu:

PelanPercuma24 Hour PassEntertainmentEntertainment+Sports + EntertainmentPremiumTV Stick
HargaRM0.00RM12.50/hariRM13.90/bulanRM28.00/bulanRM29.60/bulanRM47.10/bulanN/A
Tempoh SahTanpa Had24 JamBulanBulanBulanBulanN/A
Langgan via WebN/AAdaAdaAdaAdaAdaN/A
Langgan via AppN/AN/AAdaN/AAdaAdaN/A
Peranti / Skrin1 Telefon/Komputer1 Telefon/Komputer1 Telefon/Komputer2 Telefon/Komputer/TV2 Telefon/KomputerSehingga 3 PerantiPeranti Sahaja
Resolusi480p SD720p HD720p HD1080p HD720p HD1080p HD hingga 4K4K
IklanAdaTerhadTerhadTerhadTerhadTiadaTiada
Program TV & MovieTerhadAdaAdaAdaAdaAdaAda
SukanTerhadAdaTiadaTiadaAdaAdaAda
Apa Anda DapatAkses AsasAkses Penuh 24 JamKandungan HiburanKandungan HiburanAkses PenuhAkses PenuhAkses Penuh

24 Hour Pass sesuai kalau anda cuma nak tengok perlawanan tertentu, contohnya mana-mana derby yang anda rasakan seronok untuk ditonton. Anda bayar sekali dan dapat akses semua perlawanan EPL hari tersebut.

Pelan Sports + Entertainment pula sekalikan saluran-saluran selain sukan untuk anda tonton. Jadi anda boleh tontong kandungan hiburan lain pada hari yang tiada perlawanan EPL. Kekurangannya adalah anda cuma boleh tonton kandungan menerusi telefon pintar. Kalau nak tonton di TV, anda perlu langgan Premium.

Langgan Sooka dengan CelcomDigi atau Hotlink

Kalau anda pengguna prabayar CelcomDigi atau Hotlink, ini cara paling efisien untuk tonton EPL. Saya kata demikian kerana anda akan turut terima data tambahan yang boleh diguna untuk strim video supaya kuota Internet anda tidaklah habis dengan cepat.

Celcom Prepaid StreamMore

CelcomDigi StreamMore Sports & Entertainment boleh anda langgan pada harga RM27.90. Bukan setakat harga lebih murah kalau anda langgan terus daripada Sooka, anda juga dapat data tambhaan sebanyak 5G.

CelcomDigi Prepaid SpeedStream

Satu tingkat lebih tinggi daripada StreamMore adalah pelan CelcomDigi SpeedStream Sports & Entertainment. Anda turut dapat akses Sooka tapi kuota Internet anda jadi tanpa had pada kelajuan 48Mbps. Anda boleh langgannya pada harga RM65. Untuk rujukan, kalau anda nak langgan Sooka Sports + Entertainment dengan CelcomDigi 5G Power 45 berasingan, harganya adalah RM74.60.

Hotlink Unlimited 55

Lebih murah daripada CelcomDigi SpeedStream, Hotlink Unlimited pada harga RM55/bulan. Anda dapat akses Sooka Sports + Entertainment yang sama tapi specs prepaidnya lebih rendah. Internet anda dihadkan pada kelajuan 12Mbps dan FUP 50GB.

Tonton EPL dengan Astro X3 Sports 12 RM69.99/bulan

Kalau anda layan EPL di TV beserta kandungan-kandungan hiburan lain, Astro X3 Sports 12 adlaah pilihan paling mampu milik iaitu RM69.99/bulan. Selain EPL, anda juga dapat tonton banyak lagi pertandingan sukan lain termasuklah F! di beIN Sports, Sun NXT Lite, dan lain-lain. Bukan setakat saluran sukan, anda juga dapat tonton kandungan hiburan lain.

Perbandingan kos tonton EPL mengikut saluran

SaluranPelanHarga
Sooka24 Hour PassRM12.50/hari
CelcomDigiStreamMORERM27.90/bulan
SookaSports + EntertainmentRM29.60/bulan
SookaPremiumRM47.10/bulan
HotlinkSooka bundleRM55/bulan
CelcomDigiSpeedSTREAMRM65/bulan
AstroX3 Sports 12RM69.99/bulan

Cara paling ekonomi tonton EPL di Malaysia

Kalau anda nak tonton perlawanan tertentu sahaja, Sooka 24 Hour Pass adalah pilihan paling mampu milik. Kalau anda penonton tegar, pelan bulanan Sports + Entertainment adalah lebih praktikal.

Tapi, untuk lebih jimat, anda boleh gabungkan langganan bersama pelan prepaid. Di CelcomDigi, anda boleh pertimbangkan CelcomDigi StreamMore ataupun CelcomDigi SpeedStream yang berbeza pada segi kuota Internet. Hotlink Unlimited 55 juga ada cuma, kuota Internetnya lebih rendah berbanding CelcomDigi.

Sekiranya nak tonton di TV, anda boleh pertimbangkan Astro X3 Sports 12 dengan pelan terendah kira-kira RM70.