Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) mengingatkan orang ramai yang telefon mereka bakal terima amaran bencana MySiren. Ia adalah sistem pemberitahuan kecemasan bencana yang sedang diuji oleh pihak kerajaan. MySiren Malaysia direka untuk hantar pemakluman kecemasan terus ke telefon dalam kawasan terlibat menggunakan rangkaian 4G ataupun 5G.
MySiren adalah sistem amaran kecemasan berasaskan lokasi yang gunakan teknologi Pemancar Sel (Cell Broadcast) untuk memberitahu pengguna sekitar akan bahaya. Ia digunakan dalam situasi seperti banjir, tanah runtuh, tsunami, cuaca buruk, dan lain-lain.
Cara aktifkan MySiren di Android dan iPhone
Anda tak perlu muat turun sebarang aplikasi MySiren, mendaftar, mahupun log masuk. Ia adalah sistem amaran yang sedia ada dalam telefon.

Di iPhone, pergi ke Settings → Notifications dan tatal ke bawah sehingga nampak pilihan Government Alerts. Pastikan tetapan itu diaktifkan untuk terima mesej. Di Android, masuk ke Setting dan lakukan carian Emergency Alerts dan pastikan tetapan itu diaktifkan. Tetapan mungkin berbeza antara Samsung, Google Pixel, Huawei, ataupun telefon ANdroid yang lain.
MySiren tidak akses data peribadi
MySiren tidak memerlukan anda mendedahkan sebarang maklumat peribadi ataupun memerlukan maklumat peribadi anda untuk berfungsi. Ia adalah sistem amaran sehala iaitu telefon anda terima notifikasi yang dikeluarkan menara pemancar.

Negara luar yang guna sistem seakan MySiren Malaysia
Malaysia menyertai banyak negara lain yang gunakan teknologi Cell Broadcast untuk salurkan maklumat. Amerika Syarikat ada US Wireless Emergency Alerts (WEA), UK ada Emergency Alerts, Jepun ada J-Alerts, dan Korea Selatan ada Safe-Net.
Kerajaan akan lakukan ujian meluas MySiren pada 29 November 2026. Jadi, jangkakan anda turut terima mesej ujian pada bila-bila masa.
Sumber: NADMA
