Audio Kereta 5× Lebih Baik Dengan DSP Baharu Ini

Cadence dan Analog Devices memperkenalkan SHARC-FX, DSP automotif baharu dengan prestasi sehingga 5X lebih tinggi untuk audio dan AI dalam kereta.

Sistem audio kereta ataupun inforia dalam kereta moden kini bukan sekadar untuk main muzik. Ia kini cukup canggih untuk wujudkan zon audio tersendiri, terima arahan suara, dan beri amaran keselamatan. Analog Devices (ADI) mengumumkan yang ada kemajuan bawakan menerusi teras pemproses baharu mereka iaitu SHARC-FX yang dibangun bersama Cadence.

Teras pemproses itu akan memperkasa platform audio automotif generasi baharu mereka iaitu ADSP-SC84x/2184x. ADI katakan yang SHARC-FX mampu pertingkat prestasi sebanyak 5 kali ganda berbanding teras SHARC+ yang diguna pada produk terdahulu seperti siri ADSP-SC59x.

Cadence dan Analog Devices memperkenalkan SHARC-FX, DSP automotif baharu dengan prestasi sehingga 5X lebih tinggi untuk audio dan AI dalam kereta.

DSP baru untuk audio automotif

Digital Signal Processor (DSP) adalah pemproses yang dibangunkan khusus untuk mengendalikan isyarat analog seperti aduio secara cekap dan pantas. Dalam kereta, DSP memproses input seperti mikrofon seperti menyaring bunyi suara daripada hingar jalan.

SHARC-FX dibangun berasaskan teknologi Tensilica DSP milik Cadence dan ia boleh disuaikan dengan seni bina ADI mengikut keperluan. Pemproses itu menampilkan seni bina BLIW SIMD yang ditambah baik serta pengoperasian cache yang lebih cekap untuk memproses lebih banyak jenis data.

ADSP-SC84x juga kini menggunakan proses pengeluaran 16nm berbanding 28nm pada produk sebelum ini dan ia turut menyokong modul memori LPDDR4 dan modul keselamatan.

Mampu tampung bebanan AI

Pembaharuan terbesar SHARC-FX perkenalkan pada sesebauh DSP adalah ia mampu tambung bebanan kerja AI disamping tugasan DSP sedia ada. ADI katakan yang pemproses berasaskan SHARC-FX mampu jalankan aplikasi AI seperti penyaringan hingar, pengenalan genre muzik, pelenyapan vokal secara masa nyata, dan bantuan kecerdasan buatan bersuara.

Apabila mengendalikan tugas-tugas tersebut, CPU utama yang menjalankan sistem operasi kenderaan boleh melakukan perkara yang lain.

Apa maknanya untuk kereta masa hadapan?

Kuasa pemerosesan tambahan yang dibawakan SHARC-FX akan tambah baik pengalaman dalam kabin pengguna. Contohnya, audio imersif 3D, interaksi audio pintar, penyaringan hingan dinamik, dan banyak lagi. Pengumuman ADI ini menunjukkan yang audio untuk automotif kini berevolusi menjadi semakin canggih dan memerlukan cip pemproses khas untuk mengendalikannya.