BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Senarai Harga

Harga adalah salah satu pertimbangan utama dalam keputusan membeli. Sudah tentu kita nak mengekstrak nilai semaksimum mungkin daripada wang yang kita berkerja keras untuk dapatkannya. Contohnya, telefon mana yang lebih berbaloi? Jalur lebar mana yang beri lebih nilai? Jalur lebar 5G mana yang ada cakupan luas? Dengan pilihan yang banyak, banding beza harga akan bantu kita dalam lakukan keputusan berpandu.

Makanya, saya wujudkan laman ini khas untuk lakukan perbandingan harga. Buat masa ini, saya wujudkan perbandingan harga untuk 3 kategori iaitu:

  • telefon pintar
  • jalur lebar
  • jalur lebar 5G

Sekiranya anda raskaan ia berguna, saya ingin memperluaskan senarai ini kepada lebih banyak kategori. Apa kata anda turunkan cadangan anda dalam ruangan komen ataupun hubungi sahaja kami.

Senarai harga telefon di Malaysia 2025 mengandungi semua model telefon yang dilancarkan dalam tahun 2025. Maklumat yang akan ada peroleh adalah seperti:

  • Tarikh pelancaran
  • Jenama
  • Model
  • Pemproses
  • RAM
  • Storan
  • Pautan pembelian

Senarai harga jalur lebar di Malaysia 2025 mengandungi semua penawaran jalur lebar tetap daripada Internet Service Provider (ISP) utama negara kita seperti Astro, CelcomDigi, Maxis, Time, U Mobile, dan Unifi Home. Maklumat yang anda akan dapat daripada senarai ini adalah seperti:

  • Kelajuan muat turun
  • Kelajuan muat naik
  • Kombo sekali dengan langganan
  • Panjang kontrak
  • Promo sedang berjalan

Senarai harga jalur lebar 5G di Malaysia 2025 memasukkan semua offer jalur lebar 5g daripada ISP terkemuka seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi, Yes 5G. Anda boleh ekstrak maklumat seperti berikut:

  • Kuota Fair Usage Policy (FUP)
  • Sama ada disediakan router 5G
  • Panjang kontrak
  • Promo sedang berjalan