Kalau anda sedang cari radio FM yang:
- portable,
- ada fungsi yang pelbagai, dan
- kualiti audio yang baik,
saya sarankan Retekes V115. Harganya di Lazada & Shopee sekitar RM40-RM50 ringgit saja bergantung pada penjual. Saya tak jumpa stok tempatan, setakat ini semua penjual menghantarnya dari luar negara.
Sebelum memilih untuk pergi dengan Retekes V115, memang saya ada pertimbangkan beberapa radio lain. Contohnya, Sony ICF-P36 harganya sekitar RM80 tapi cuma ada radio FM dan audio out. Sony ICF-C1T ada radio dan jam tapi harganya menghampiri RM100 dan bukannya dikuaskaan bateri.
Memang ada radio murah bawah RM50, tapi kebayakannya frekuensi radio tak boleh ditala secara manual. Kalau ada pun, UI-nya susah untuk dinavigasi.
Kelebihan Retekes V115
Saya belinya pada harga RM45.59. Saya dapat sebuah radio bersaiz tapak tangan. Speakernya mono di sebelah kiri. Belah depan ada macam-macam butang. Banyaknya adalah butang nombor kalau nak masukkan frekuensi secara manual.
Ada skrin monokrom ringkas yang ada lampu latar. Dekat sisi ada beberapa port I/O iaitu:
- Dua jek audio 3.5mm, satu untuk earfon satu untuk line-in kalau anda nak guna speaker external.
- Slot mikro-SD untuk anda mainkan fail MP3 yang terkandung dalamnya. Kemudian, anda juga boleh rakam audio radio yang anda dengar.
- Ada speaker pada radio ini untuk anda rakam suara sendiri.
Selain radio FM, radio ini juga boleh terima gelombang AM dan SW kalau anda nak dengar siaran luar contohnya Thailand. Nak dengar stesen radio SW, dengarkannya pada waktu malam sebab gelombang itu bergerak lebih jauh pada waktu malam.
Radio ini gunakan bateri BL-C5 1,000mAh. Kalau nak beli bateri ekstra, di Shopee ada jual pada harga kurang RM10.
Kekurangan Retekes V115
Paling ketara, radio ini tak boleh digunakan masa dicaj. Satu-satunya penyelesaian adalah dengan beli bateri tambahan dengan pengecas external. Tapi hayat bateri pada radio ini tidak menghampakan. Berbekalkan bateri 1,000mAh, saya boleh dengarnya lebih daripada 24 jam.