Ini cara murah untuk kereta anda ada Apple Carplay dan Android Auto. Ia adalah paparan portable ESSGOO 7” yang boleh tambah dua fungsi tu dan, anda tak perlu nak buang head unit kereta yang asal. Baca reviu ini sampai habis untuk maklumat lanjut.

Skrin 7” ini boleh dipasang dengan pemegang yang ditampal pada cermin kereta. Ia dapat kuasa daripada outlet rokok kereta ataupun boleh je guna mana-mana output USB Yang boleh bekalkan 5V 2A.

Dekat badan unit paparan ada:
- 1 x USB-C untuk kuasa.
- 1 x slot mikro-SD untuk playback audio ataupun video.
- 1 x penyambung untuk reverse camera
- 1 x jek audio 3.5mm untuk output audio ke sistem audio kereta

Headunit Essgoo ini sokong Android Auto dengan Apple CarPlay secara wireless. Untuk setup kali pertama, kita kena sambungkan telefon dengan headunit guna Bluetooth. Proses ni kena buat sekali saja, lepas tu, sambungan akan berlaku secara automatik apabila kereta dihidupkan.

Audio boleh didengari dengan speaker built-in. Tapi kualiti audionya takde lah baik sebab komponen speakernya yang kecil. Jadi, untuk alternatif, telefon boleh disambung dengan sistem audio kereta guna Bluetooth ataupun kabel AUX untuk bunyi yang lebih tinggi kualitinya.

Headunit Essgoo ni pun ada fungsi screencast tapi tak berguna sangat pun. Dia cuma salin balik paparan telefon dan anda boleh tonton di skrin yang lebih besar. Kekurangannya, skrin telefon kena selalu on dan pastinya akan guna banyak bateri.
Produk ini sangat saya sarankan untuk yang nak tambah Android Auto atau Apple Carplay tanpa perlu ganti head unit sedia ada. Kualiti binaan tegap. Sokong sambungan wayarless dan berfungsi dengan jayanya tanpa bug. Harga sekitar RM150 je.

