Kereajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem penggajian baharu untuk pegawai perkhidmatan awam, dikenali sebagai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Sistem baharu ini akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai sejak 2002. Sistem ini mempunyai objektif untuk mewujudkan landskap perkhidmatan awam yang cekap, bermotivasi, dan produktif.
Apakah SSPA
SSPA adalah sistem penggajian komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek perkhidmatan awam, termasuklah skim perkhidmatan, pengurusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, persaraan, dan faedah persaraan. Ia dirangka berlandaskan falsafah “ganjaran menyeluruh”, mensasarkan kepada pemacuan motike arah peningkatan motivasi, prestasi, dan produkviti perkhidmatan awam.
Sebab perubahan daripada SSM kepada SSPA
Perubahan daripada SSM kepada SSPA dipacu oleh aspirasi kerajaan yang ingin mempertingkat keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam penyampaian pkerhidmatan awam kepada rakyat. SSPA telah dirangka untuk memenuhi harapan rakyat serta pemegang taruh yang semakin meningkat.
Sebanyak 3 strategi utama telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk mencapai aspirasi tersebut:
- Mempertingkat pendapatan boleh guna pegawai awam
- Mengurangkan beban Kerajaan dalam menanggung faedah persaraan
- Mempertingkat produktiviti pegawai awam melalui pembudayaan nilai dan adaptasi ekonomi.
Ciri utama SSPA untuk pegawai kerajaan
Seperti yang dikatakan di atas, konsep “ganjaran menyeluruh” adalah kunci kepada SSPA. Ia bukan setakat gaji, malahan aspek-aspek lain yang menyumbang kepada kepuasan dan motivasi.
- Skim perkhidmatan standard: Gred penjawatan telah diselaraskan dan pengkelasan semula telah dilakukan merentasi sistem perkhidmatan supaya lebih saksama dan konsisten.
- Peningkatan Gaji Permulaan Terendah (GPT): Gaji permulaan perkhidmatan awam telah naik kepada RM1,500 untuk pegawai Gred 1 untuk kemasukan sistem perkhidmatan awam dengan SPM.
- Penyelarasan Jadial Gaji Minimum-Maksimum (JGMM): Skala gaji telah diselaraskan untuk jadi lebih lebar, maka potensi lebih baik untuk pekerja kerajaan beroleh gaji lebih tinggi.
- Perubahan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT): Kenaikan gaji tahunan telah diselaraskan dan dalam sesetengah kes, dinaikkan, untuk kemajuan kerjaya lebih baik.
- Penambahbaikan kemudahan dan elaun: Kriteria dan kaedah dalam penentuan elaun dan kemudahan telah diperkukuh. Ada juga elaun baharu seperti elaun vaksin dan cuti lebih fleksibel diwujudkan.
- Persaraan dan manfaat persaraan: SSPA ingin mengurangkan beban fiskal kerajaan pada segi menanggung belanja persaraan dalam jangka masa panjang.
Manfaat SSPA kepada pegawai kerajaan
SSPA menawarkan beberapa manfaat utama kepada pegawai kerajaan:
Potensi gaji lebih tinggi: Dengan Gaji Permulaan Terendah (GPT) lebih tinggi, skala gaji diselaraskan, dan perubahan pada kenaikan gaji tahunan, semua ini akan memberikan pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi.
Tambah baik peluang kenaikan pangkat: Skim perkhidmatan yang diselaraskan serta pengenalan inisiatif seperti kenaikan pangkat secara one-off ataupun Jawatan Gred Fleksi mewujudkan peluang kemajuan kerjaya lebih baik.
Manfaat yang lebih banyak: Kerajaan telah mewujudkan manfaat baharu dan penambahbaikkan kepada manfaat sedia ada menyumbang kepada keseimbangan work-life secara keseluruhannya.
Anda boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Kalkulator gaji SSPA Malaysia
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Apa dan kenapa ia dilaksana