Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa kaedah yang membolehkan pegawai beroleh kenaikan pangkat secara proaktif. 3 kaedah sedia ada yang digariskan adalah:
- kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK)
- kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatab
- kenaikan pangkat secara Khas untuk Penyandang (KUP)
Bagi menangani isu stagnation, beberapa laluan baharu telah diperkenalkan iaitu:
- kenaikan pangkat secara one-off untuk Kumpulan Pnegurusan dan Profesional
- penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya untuk skim perkhidmatan Pengajar, Pegawai Latihan, dan Pegawai Sains secara kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan dengan kriteria kecemerlangan
- peluasan jawatan gred fleksi
- kemajuan kerjaya secara Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME)
Kenaikan pangkat secara One-Off
SSPA menawarkan peluang naik pangkat secara one-off kepada Kumpula Pengurusan dan Professional Gred 9, 10, dan 12 kepada Gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama. Untuk layak, Pegawai tersebut perlulah bersetuju menerima SSPS, memenuhi tempoh perkhidmatan yang diperlukan, dan memenuhi keperluan kecemerlangan yang ditetapkan.
Rujuk muka surat 57 pekeliling.
Kenaikan pangkat untuk Skim Perkhidmatan Pengajar, Pegawai Latihan, dan Pegawai Sains
Kumpulan Perkhidmatan Pengajar, Pegawai Latihan, dan Pegawai Sains boleh dinaikan pangkat tanpa melihat pada kekosongan. Syarat naik pangkat adalah mereka menunjukkan prestasi cemerlangan dan memenuhi semua aspek-aspek kecemerlangan. Selari dengan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan diminta untuk sediakan skop tugasan tambahan yang bersesuaian dengan gred dan skim perkhidmatan pegawai.
Rujuk muka surat 59 pekeliling.
Kenaikan pangkat melalui peluasan Jawatan Gred Fleksi
Gred Fleksi diadakan untuk berikan peluang yang lebih luas dalam kenaikan pangkat. Ia bolehkan pegawai dinaikkan pangkat sehingga 4 gred ke atas tanpa melihat pada kekosongan. Penyandang yang berada di Gred 9 hingga Gred 12 dinaikkan pangkat sehingga 4 lapisan gred (terhad di Gred 13). Kaedah ini tidak terpakai kepada mana-mana skim perkhidmatan yang telah diperuntukkan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jabatan.
Rujuk muka surat 60 pekeliling
Kenaikan pangkat secara laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME)
Laluan ini dperkenalakn bagi mengurangkan kebergantungan kepakaran daripada pihak luar disamping untuk mengekalkan bakat terbaik dan kepakaran yang tinggi dalam kerajaan. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab mengenal pasit bidang dan kriteraia kepakaran untuk dipertimbangkan oleh pihak berkuasa kenaikan pangkat yang berkenaan.
Rujuk muka surat 60 pekeliling.
SSPA bukan sekadar perubahan gaji
SSPA tidaklah boleh dilihat perubahan pada struktur gaji. Sebaliknya, ia inisiatif kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk pegawai kerajaan bertugas. Selain gaji, bahagian yang ditambah baik termaksuklah kemajuan kerjaya.
Anda boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Tahun 2024 untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Kalkulator gaji SSPA Malaysia
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Apa dan kenapa ia dilaksana