Ticket Refund Insurance Ticket Refund Insurance

Ticket Refund Insurance: Dapat semula wang elak iket acara burn

Pernah anda hadapi situasi tak boleh hadir konsert disebabkan kecemasan? Ticket2U dan TuneProtect telah bekerjasama untuk tawarkan insurans ke atas harga tiket itu bagi meminimumkan impak ke atas kewangan anda. Ini adalah produk pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia dan anda boleh nikmatinya melalui TuneProtect Ticket Refund Insurance.

Walaupun produk ini macam menarik, perlu diingatkan yang ini adalah produk insurans dan bukannya takaful. Terus baca untuk ketahui lebih lanjut.

Apa itu Ticket Refund Insurance?

Ticket2U Ticket Refund Insurance adalah produk optional yang ditawarkan sewaktu anda beli tiket sesuatu acara melalui laman web ataupun aplikasi telefon pintar Ticket2U. Harga insurans itu (premium) adalah 5% ke atas harga tiket yang boleh anda tuntut sekiranya anda tak dapat hadir ke acara atas sebab-sebab yang tersenarai dalam terma & syarat insurans.

Ticket Refund Insurance

Misalnya, anda ada tiket bernilai RM100, premium insurans adalah RM5. Kalau anda tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tersenarai dalam terma & syarat insurans, anda boleh tuntut RM100 itu kembali. Maka, berbanding anda rugi RM100, anda cuma “rugi” RM5 sahaja.

Keadaan apa yang dilindungi Ticket Refund Insurance?

Perlu diingatkan tiada sebab seperti tak jadi hadir sebab bertukar fikiran. Insurans hanya lindungi keadaan-keadaan kecemasan sahaja seperti:

  • Masalah kesihatan serius atau kecemasan (anda atau keluarga terdekat)
  • Kematian mengejut (anda atau keluarga terdekat)
  • Bencana alam yang beri kesan kepada kediaman anda atau proses perjalanan
  • Peperiksaan mengejut
  • Kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan sewaktu ke acara
  • Kehilangan kerja tanpa rela
  • Hanya untuk acara fizikal yang berlangsung di Malaysia

Bila boleh tuntut Ticket Refund Insurance?

Perlindungan insurans ini hanya aktif 14 hari sebelum hingga apabila acara bermula atau tiket diimbas (mana-mana dulu). Misalnya, kalau acara yang anda hadiri terdiri daripada 3 hari, perlindungan hanya setakat hari pertama sahaja. Hari ke-2 tak dilindungi walaupun anda tak dapat hadir walaupun atas sebab-sebab ada dalam senarai perlindungan.

Keadaan yang tidak dilindungi Ticket Refund Insurance

Berikut adalah beberapa contoh (tidak terhad) keadaan yang tidak dilindungi:

  • Acara dibatalkan penganjur
  • Keadaan kesihatan sedia ada
  • Kuarantin daripada penyakit berjangkit
  • Penipuan atau tindakan menyalah undang-undang
  • Bunuh diri atau cubaan mencederakan diri sendiri

Cara nak tuntut Ticket Refund Insurance

Anda perlu menghubungi Tune Protect dalam masa 14 hari insiden ataupun acara. Hantar dokumen berkaitan dalam masa 30 hari.

Anda boleh baca product disclosure sheet Ticket Refund Insurance untuk maklumat lanjut.