MyBorderPass QR MyBorderPass QR

MyBorderPass QR percepat pelepasan imigresen KLIA, ini cara gunanya

Pengembara yang keluar masuk melalui KLIA dan KLIA 2 kini boleh gunakan sistem MyBorderPass QR untuk percepat proses pelepasan imigresen. Sistem itu telahpun dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 yang lalu.

@imigresenklia

Bermula Januari 2025, 40 lorong khas di KLIA akan menjalani fasa percubaan bagi pelaksanaan sistem pelepasan Imigresen menggunakan kod QR melalui Aplikasi MyBorderPass. Daripada 40 lorong tersebut, 20 lorong akan disediakan di KLIA Terminal 1 dan 20 lorong lagi di KLIA Terminal 2. Ini adalah inisiatif KDN bagi membantu melancarkan proses imigresen di pintu masuk KLIA. InsyaAllah kami akan memperluaskan inisiatif ini selepas mengkaji hasil fasa percubaan di KLIA. #MalaysiaMadani #imigresenklia #imigresen #jimklia #jim Ikuti kami di : Instagram : https://www.instagram.com/imigresen_klia/ TikTok : https://www.tiktok.com/@imigresenklia X : https://x.com/ImigresenKLIA #MalaysiaMadani #imigresenklia #imigresen #jimklia #jim #fyp #klia #klia2✈️ #klia2

♬ original sound – Imigresen KLIA – Imigresen KLIA

Pelepasan imigresen KLIA dengan MyBorderPass QR

Ia adalah satu alternatif yang lebih pantas berbanding dengan bawa pasport ke kaunter imigresen ataupun melalui automatic gate sebelum ini. MyBorderPass QR dijangka kurangkan tempoh pelepasan kepada 5 – 7 saat sahaja berbanding 15 – 25 saat sebelum ini.

Sistem kod QR ini juga mengintegrasikan teknologi pengecaman wajah. Objektif utama MyBorderPass QR adalah untuk menyuraikan kesesakan di KLIA khusunya pada waktu puncak. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, mengatakan yang sebanyak 40 laluan khas telah diaktifkan di KLIA dan KLIA 2 dan sebarang penambahbaikkan akan dilakukan daripada masa ke masa.

Penggunaan MyBorderPass QR tidaklah mandatori. Dua lagi saluran sebelum ini masih beroperasi dan pelawat masih wajib membawa passport bersama sebagai dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu berada di luar Malaysia.

Cara daftar MyBorderPass QR

Aplikasi MyBorderPass ditawarkan dalam variasi Android dan iOS. Pendaftarannya mudah saja, sebanyak tigak langkah sahaja diperlukan.

Muat turun aplikasi MyBorderPass. Kemudian, imbas pasport anda gunakan kamera telefon. Pastikan maklumat yang telah diisi secara automatik adalah tepat sebelum anda tekan butang Submit. Langkah terakhir adalah aplikasi akan meminta anda mengimbas wajah sebelum menyudahkan proses pendaftaran.

Apabila anda berada di kaunter MyBorderPass KLIA dan KLIA 2, lancarkan sahaja aplikasi MyBorderPass dan imbas kod QR di pengimbas yang disediakan. Selepas pengesahan biometrik wajah, anda terus boleh selesaikan pelepasan imigresen.

MyBorderPass di pintu masuk Johor – Singapura

Sebenarnya, MyBorderPass ini sudahpun digunakan di pintu masuk Malaysia, Johor Bahru sejak Jun 2024. Pengembara yang menggunakan pengangkutan awam ataupun yang memandu dan menunggang motorsikal telah pun menikmati kemudahan ini di CIQ Sultan Abu Bakar, CIQ Second Link. Setakat Disember 2024, sistem ini telah menggantikan secara sepenuhnya aplikasi MyRentas dan MyTrips.

Buat masa ini, MyBoarderPass hanya terbuka untuk warganegara Malaysia dengan perancangan untuk memperluas penggunaannya kepada warganegara asing yang masuk Malaysia.