Mula 1 April 2025, Malaysia Airlines, Firefly, dan MASWings akan kuat kuasakan polisi baharu berkaitan powerbank untuk keselamatan penerbangan. Kalau anda seorang yang kerap terbang, ini maklumat yang perlu anda tahu.
Kemas kini terbaharu polisi powerbank MAS, Firefly, & MASWings
- Powerbank mesti ada dengan anda setiap masa.
- Tidak dibenarkan untuk simpan di ruangan penyimpanan atas
- Powerbank mesti disimpan di ruangan bawah kerusi ataupun poket kerusi.
- Cara pengendalian powerbank dengan fungsi pengecasan wayarles.
- Powerbank yang ada pengeasan MagSafe ataupu yang setara dengannya, ia mesti disimpan dalam bekas penyimpanan berasingan untuk elak daripada diaktifkan secara tak sengaja.
- Tak boleh guna ataupun cas powerbank sewaktu terbang
- Walau dibenar dibawa di dalam kabin, powerbank tak dibenarkan diguna sepanjang penerbangan.
- Powerbank tak dibenar didaftar masuk dalam bagasi.
- Segala jenis bateri berasaskan lithium-ion tak dibenar didaftar masuk dalam bagasi atas sebab keselamatan.
Kenapa polisi powerbank semakin ketat?
Bateri lithium-ion walaupun sangat berguna, ia ada risiko pengunaannya yang tersendiri kerana kepadatan tenaga yang tinggi terkandung padanya. Sekiranya berlaku kebocoran, kebakaran mungkin tercetus dan tiada siapa mahukan kebakaran di dalam kabin sewaktu terbang. Maka dengan sebab itu, lebih banyak pengendali penerbangan mengambil langkah proaktif mengemas kini polisi powerbank masing-masing.
AirAsia pada 26 Mac 2025 tempoh hari turut mengumumkan perkara yang sama tentang polisi powerbank AirAsia.
Apa yang perlu anda buat?
- Periksa berkali-kali bagasi anda sewaktu kemas untuk elak tersesat powerbank.
- Cari bekas penyimpanan utuh untuk powerbank berfungsi wayarles
- Rancang penggunaan bateri gajet anda disebabkan powerbank dah tak lagi dibenar diguna di dalam pesawat.
Sumber: Malaysia Airlines
Mulai 1 April 2025, Malaysia Airlines, Firefly & MASwings perketat peraturan power bank. Ketahui cara betul bawa power bank ke pesawat