Pelepasan cukai LHDN taksiran 2024 Pelepasan cukai LHDN taksiran 2024

LHDN: Senarai pelepasan cukai e-filing 2025

Senarai pelepasan cukai LHDN untuk tahun taksiran 2024 dah keluar. Berikut adalah rumusannya.

Pelepasan cukai individu

  1. Individu dan saudara tanggungan (RM9,000).
  2. Individu OKU (RM6,000).
  3. Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya (terhad RM6,000)

Pelepasan cukai berkaitan kesihatan (Terhad RM10,000)

  1. Perbelanjaan kesihatan
    • Penyakit serius ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    • Rawatan kesuburan ke atas diri sendiri atau suami / isteri;
    • Pemvaksinan ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak (Terhad RM1,000);
    • Pemeriksaan dan rawatan pergigian (Terhad RM1,000)
  2. Perbelanjaan berkaitan COVID-19 dan kesihatan mental (Terhad RM,1000)
    • Pemeriksaan perubatan penuh ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    • Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    • Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.

Pelepasan cukai berkaitan pendidikan, kemajuan ikhtisas & gaya hidup

  1. Yuran pengajian (Sendiri) (Terhad RM7,000):
    • Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
    • Peringkat sarjana atau doktor falsafah – Sebarang bidang atau kursus pengajian
    • Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000)
  2. Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak (Terhad RM2,500):
    • Pembelian atau langganan buku / jurnal / majalah / surat khabar / lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
    • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
    • Yuran kursus peningkatan kemahiran / kemajuan diri.
  3. Gaya hidup tambahan – pelepasan tambahan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak (Terhad RM1,000):
    • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997
    • Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan
    • Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997
    • Fi keahlian gymnasium / latihan sukan

Pelepasan cukai berkaitan keluarga dan orang tanggungan

  1. Suami/Isteri/Pembayaran Alimoni kepada bekas Isteri – Terhad RM4,000
  2. Suami/Isteri OKU (RM5,000)
  3. Setiap anak yang belum berkahwin
    • Bawah 18 tahun (RM2,000)
    • Atas 18 tahun:
      • Sedang jalani pengajian sepenuh masa (A-Level, Sijil, Metrikulasi) (RM2,000).
      • Sedang jalani diploma atau lain-lain pengajian tinggi dalam atau luar negeri (Terhad RM8,000).
    • Anak OKU – RM6,000
      • Tambahan untuk yang berumur 18 ke atas dan sedang jalani pengajian diploma dan keatas – RM8,000

Pelepasan cukai berkaitan penjagaan ibu-bapa

  1. Perbelanjaan untuk ibu-bapa – RM8,000
    1. Rawatan perubatan, pergigian, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
    2. Pemeriksaan perubatan penuh (Terhad RM1,000)

Pelepasan berkaitan penjagaan anak

  1. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali dalam setiap DUA (2) tahun taksiran) (Terhad RM1,000).
  2. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar (Terhad RM3,000).
  3. Perbelanjaan (Terhad RM4,000) ke atas anak berumur 18 tahun dan ke bawah bagi:
    • Penilaian untuk tujuan diagnosis kurang upaya pembelajaran
    • Program intervensi awal atau rawatan pemulihan kurang upaya pembelajaran

Pelepasan cukai berkaitan simpanan dan insurans

  1. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2023 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2023) (Terhad RM8,000).
  2. Insurans nyawa dan KWSP. Kategori penjawat awam skim berpencen, selain penjawat awam skim berpencen dan bekerja sendiri:
    • Caruman wajib kepada skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (tidak termasuk skim persaraan swasta) atau caruman di bawah mana-mana undang-undang bertulis (Terhad RM4,000).
    • Bayaran premium insurans hayat atau sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan kepada KWSP (Terhad RM3,000).
    • Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) (Terhad RM3,000).
    • Insurans pendidikan dan perubatan (Terhad RM3,000).
    • Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Terhad RM350).

Pelepasan untuk EV

  1. Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) (Terhad RM2,500).

Sumber: LHDN