Lembaga Tabung Haji (TH) telah tandatangani perjanjian dengan Saudia Airlines untuk sediakan penerbangan khas buat jemaah Haji Malaysia untuk 2025 hingga 2029. Makanya, jemaah Haji kita akan terbang sama ada menggunakan Amal by Malaysia Airlines ataupun Saudia Arirlines.

Majlis perjanjian dilapor mengambil tempat di Menara TH, Kuala Lumpur, dengan diwakili oleh Mohd Hisham Harun, Ketua Jabatan Haji TH, dan Amer G Algamdi daripada Saudia Airlines. Peristiwa itu turut disasikan oleh CEO TH sendiri, Syed Hamadah Syed Othman.
Panduan Lengkap Haji 2025: Persiapan, Kursus, & Kelengkapan
31,600 jemaah haji 2025 akan diangkut Saudia
Untuk musim Haji 2025 (1446H), Saudia Airlines akan mengendalikan 45 penerbangan dengan setiap satu mampu mengangkut 357 penumpang. Ia diterjemah kepada 31,600 jemaah ataupun 50% daripada kuota Haji yang diterima Malaysia daripada kerajaan Arab Saudi.
50% setuju kerjakan Haji 2025 dan info berkaitan visa Furada/Mujamalah
Penerbangan Saudia untuk musim haji akan berlepas daripada KLIA ke Jeddah dan Madinah seawal 29 April 2025
Kesinambungan perjanjian Tabung Haji x Saudia 2022
Perjanjian ini sebenarnya kesinambungan daripada 2022, yang tamat pada tahun 2024. Pada ketika itu, TH telah mengikat kontrak 4 tahun dengan Saudia untuk hal pengangkutan jemaah Haji dalam tempoh tersebut.
Perkhidmatan mengangkut jemaah Haji Saudia ketika itu menggunakan Boeing B787-9 yang ada 298 tempat duduk. Untuk 2025 hingga 2029, kita mungkin melihat pada Boeing B787-10 Dreamliner yang mengandungi 357 tempat duduk.

Kerjasama TH dengan Saudia akan memberi penekanan pada:
- Penjadualan jadual penerbangan yang optimum untuk pertingkat kecekapan
- Penyediaan perkhidmatan pelanggan berkualiti untuk tambah baik keselesaan
- Merangka prosedur pelepasan dan ketibaan yang lancar
Cara semak tawaran Haji 2025 dan kos musim 1446H diumum Tabung Haji
Kolaborasi 5 tahun TH-Saudia dilihat sebagai memperkukuh hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan yang lebih penting, jemaah Malaysia akan menikmati perjalanan Haji yang lancar. Dengan 45 penerbangan dijadualkan untuk musim 2025, jemaah boleh jangkakan perjalanan yang selesa dan lancar.
Untuk perkembangan Haji 2025, terus ikuti BukuNota.
Sumber: Tabung Haji, 2, 3