Muslim sedang bayar zakat fitrah Muslim sedang bayar zakat fitrah

Zakat Fitrah 2025: Kadar Terkini & Cara Bayar Online

Selamat menyambut Ramadan 2025. Bermulanya bulan puasa maka bermulalah tempoh pembayaran Zakat Fitrah. Kadar zakat sudahpun dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa negeri untuk 1446 hijrah. Berikut adalah kadar Zakat Fitrat mengikut negeri untuk tahun 2025.

Seperti biasa, kadar Zakat terbahagi kepada tiga mengikut jenis beras yang dimakan oleh seisi rumah. Pembahagiannya adalah seperti berikut:

  • RM7/individu hingga RM8/individu untuk yang isi rumah yang guna beras jenis Super Special Tempatan
  • RM12.50/individu hingga RM15/individu untuk yang isi rumah yang guna beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni, dan beras wangi
  • RM20/individu hingga RM22/individu untuk yang isi rumah yang guna beras Basmati, Jepun, Merah, dan yang lebih mahal

Ada juga negeri yang menetapkan hanya dua kadar seperti Terengganu yang tetapkan sama ada RM10 ataupun RM22. Tiga negeri seperti Perlis, Sabah, dan Sarawak pula menetapkan satu kadar sahaja iaitu sama ada RM7 ataupun RM7.50.

Dapatkan Rebat Cukai untuk Zakat Fitrah

Buat anda yang membayar cukai pendapatan, jangan lupa bahawa Zakat Fitrah layak menerima rebat cukai. Jadi, sewaktu e-filing, masukkan jumlah maksimum tertakluk kepada yang anda bayar.

Saluran dalam taliaan untuk bayar Zakat Fitrah 2025

Perlis

  • Portal MAIPs Online Zakat Payment.
  • Bank Islam di 090 100 100 552 90 dan hantar resit pembayaran ke [email protected].
  • Maybank2u.com dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
  • Maybank MAE dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
  • CIMB Bank dengan nama payee Zakat Negeri Perlis.

Kedah

  • Portal JomZakat kelolaan Lembaga Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
  • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Perak

Pulau Pinang

  • Portal ZakatPenang2U.com kelolaan Zakat Pulau Pinang
  • JomPAY menggunakan kod biller 1453.
  • Maybank MAE dengan nama payee Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
  • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

Wilayah Persekutuan & Selangor

  • Portal Zakat2U kendalian Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
  • Portal Zakat Selangor
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Wilayah.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
  • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
  • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Negeri Sembilan

  • Portal zakatns2u kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Melaka

  • Portal MelakaPay kelokaan kerajaan negeri Melaka
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.

Johor

  • Portal epayment kelolaan Majlis Agama Islam Johor
  • Portal Fitrah kelolaan Majlis Agama Islam Johor
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.

Pahang

  • Portal ebayt kelolaan Majlis Ugama Islam Pahang.
  • Portal Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

Terengganu

  • Portal ezakat kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Maybank MAE dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
  • Maybank2u.com dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu

Kelantan

  • Portal pembayaran dalam talian kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Kelantan

Sabah

  • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
  • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
  • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Sarawak

  • Maybank MAE dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
  • Maybank2u.com dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
  • CIMB Bank dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak