A10 Network, syarikat daripada Amerika Syarikat yang mengkhususan pada penghasilkan perkakasan application delivery controllers, mengumumkan telah mengambil alih ThreatX Protect, sebuah firma keselamatan siber pakar dalam bidang Web Application and API Protection (WAAP). Ia dilihat sebagai langkah memantapkan portfolio keselamatan A10 Network.

Kepentingan pengambilalihan ini
Web application and API adalah satu komponen penting untuk perusahaan namun ia gembar menjadi sasaran penggodam. Maka dengan sebab itu, teknologi pemprofilan untuk mengenal pasti risiko milik ThreatX boleh mengurangkan risiko serangan.
Antara ciri menarik solusi yang ditawarkan ThreatX adalah:
- Sistem keselamatan berasaskan AI – risiko dianalisis secara masa nyata untuk tepis serangan yang guna pakai kaedah kompleks
- Solusi WAAP komprehensif – termasuklah kawal selia bot, perlindungan API, dan aplikasi firewall generasi baru (WAF)
- Pemasangan secara hibrid – berfungsi di awan, di premis, ataupun secara co-location.
Presiden dan CEO, A10 Network, Dhrupad Trivedi, memaklumkan bahawa pengambilalihan ini mempertingkat keselamatan siber pelanggan-pelanggan sedia ada dan mampu menarik prospek baharu juga.
Buat klien A10 Network, anda boleh jangkakan perlindungan daripada serangan siber yang lebih ampuh, hujung-ke-hujung selari dengan peningkatan risiko serangan siber yang lebih canggih.
Sumber: A10 Network