WhatsApp dikesan sedang bangunkan ciri Advanced Chat Privacy. Ia berikan kawalan lebih tinggi kepada penggunanya ke atas mesej yang dihantar. Ciri tersebut ditemukan pada aplikasi versi 2.25.10.14 dan ia masih dalam fasa pembangunan dan belum boleh digunakan buat masa ini, tapi penganalisis kod boleh menjangkakan bagaimana cara kerjanya.

Ciri utama Advanced Chat Privacy
- Halang chat daripada dieksport
- Jika salah satu pihak aktifkannya, keseluruhan bebenang sembang tak boleh dieksport keluar. Ia bagi menghalang perbualan sensitif daripada terbocor ke ruang lain.
- Halang autosimpan pada media
- Sama seperti halang chat dieksport, ia juga halang sebarang media daripada dimuat turun secara automatik.
- Meta AI tak boleh digunakan
- Dalam bebenang yang Advaced Chat Privacy aktif, ciri Meta AI tidak boleh digunakan.
- Ciri forward mesej masih boleh digunakan
- Walaupun eksport tidak dibenarkan, forward mesej masih boleh dilakukan.
Lain-lain perkara tentang Advanced Chat Privacy yang perlu anda tahu adalah seperti ia adalah ciri optional iaitu boleh dihidup atau dimatikan pada bila-bila masa untuk sesuatu bebenang mesej. Salah satu pihak aktifkannya menyebabkan ciri teraktif untuk kedua-dua pihak. Sekiranya ciri dinyahaktif, notifikasi akan dihantar dalam bebenang sembang supaya kedua-dua pihak maklum tentangnya.
Buat masa ini, WhatsApp dikatakan tak berhasrat mengenakan halangan untuk pengguna yang ingin lakukan tangkap layar.
Sumber: WeBetaInfo