Kerajaan Arab Saudi, buat sementara, telah menghentikan pengeluaran visa termasuklah visa Umrah untuk 14 negara sebagai persediaan untuk musim haji 2025. Menurut mereka, tindakan itu diambil untuk mengawal jumlah pelawat dan membendung masalah jemaah yang menyertai musim haji menggunakan visa tak sah. Berita baik, Malaysia tidak termasuk dalam senarai 14 negara ini.

Pemberhentian ini dikatakan berkuat kuasa sehingga pertengahan Jun 2025.
Senarai 14 negara yang terlibat
Berikut adalah senarai yang dikeluarkan Arab Saudi berkenaan 14 negara yang diumumkan:
- India
- Pakistan
- Bangladesh
- Egypt
- Indonesia
- Iraq
- Nigeria
- Jordan
- Algeria
- Sudan
- Ethiopia
- Tunisia
- Yemen
- Morocco
Buat jemaah daripada 14 negara ini yang masih ada visa aktif, tarikh akhir untuk masuki Arab Saudi yang dibenarkan adalah pada 13 April 2025 dan tarikh akhir untuk keluar adalah 29 April 2025. Sekiranya didapati tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, mereka berdepan dengan denda sehingga SAR100,000. Agensi pelancongan yang menguruskan jemaah dan gagal melaporkan kesalahan ini juga akan dikenakan tindakkan.

Kenapa Arab Saudi hentikan pengeluaran visa Haji/Umrah?
Tadi ada disentuh tentang pihak Arab Saudi ingin mengawal jumlah kemasukkan jemaah haji dan bendung masalah jemaah yang salah guna visa. Ia mungkin bertitik tolak daripada insiden 2024 yang menyaksikan lebih 500 jemaah direkodkan meninggal dunia.
Apa yang menghampakan adalah, pihak berkuasa mengesan yang ramai dalam kalangan jemaah ini tidak mempunyai visa yang sah untuk mengerjakan haji.Perlu diketahui yang pengeluaran visa haji adalah lebih ketat berbanding visa umrah kerana ia ada melibatkan pemeriksaan kesihatan.
Untuk rujukan anda, musim haji 2024 merekodkan lebih 1.8 juta jemaah membanjiri kota Mekah musim itu berlangsung dalam keadaan cuaca panas dan memerlukan tahap fizikal yang kuat dalam kalangan jemaah.
Jemaah Haji Malaysia dipuji Arab Saudi kerana kepatuhan
Menurut Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kata yang Malaysia masih belum terima aduan rasmi daripada kerajaan Saudi tentang mana-mana jemaah yang melanggar peraturan di sana. Tambahnya lagi, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kalangan 18,407 individu yang ditahan atas kesalaman imigresen.

Maka dengan sebab itu, Lembaga Tabung Haji terus mengingatkan jemaah Malaysia supaya terus menurut undang-undang kerajaan Saudi terutamanya sewaktu musim haji.
Peraturan baharu Visa e-Stopover
Dalam masa yang sama, Arab Saudi juga telah mengemas kini polisi visa e-stopover mereka. Ia kini dihadkan kepada 18 negara sahaja, termasuklah Malaysia. Syarat untuk melayakkan anda gunakan e-stopover ialah:
- terbang dari ataupun ke negara Kumpulan A
- pemegang visa yang sah daripada negara Kumpulan A
- pernah gunakan Visa e-stopover sebelum ini
Berikut adalah senara negara Kumpulan A yang boleh gunakan visa e-stopover:
- Kanada
- Amerika Syarikat
- Austria
- Cyprus
- Perancis
- Jerman
- Greece
- Itali
- Belanda
- Sepanyol
- Switzerland
- United Kingdom
- China (termasuk Hong Kong dan Macau)
- Maldives
- Singapura
- Thailand
- Turkiye
- Mauritius