9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) terima duit raya beberapa hari sebelum lebaran. TH mengumumkan pembayaran keuntungan dividen sebanyak 3.5% untuk tahun kewangan 2025. Untuk perspektif, ini adalah kadar tertinggi sejak 8 tahun dahulu.
Sejumlah RM3.22 billion akan diagihkan kepada semua pendeposit yang layak. Untuk makluman, pada tahun ini, zakat yang dipotong daripada keuntungan tersebut adalah sebanyak RM95.3 juta ataupun sebanyak 2.577.

Cara kira dividen Tabung Haji 2025
TH mengguna pakai kaedah purata baki terendah setiap bulan untuk mengira keuntungan. Sekiranya purata baki terendah adalah RM10,000, jangkakan dividen yang akan anda terima sebanyak RM350. Anda boleh ketahui cara pengiraan secara terperinci dalam artikel terdahulu.
Cara Kira Dividen Tabung Haji – Mudah & Jelas
Seperti yang diumumkan Dr. Zulkifli Hassan, Menteri Agama dengan kehadiran Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussein dan CEO TH Mustakim Muhammad, prestasi tersebut disumbang oleh perancangan pelaburan yang cekap daripada pihak TH.
Walaupun prestasi terbaik sejak 2018, ia masih belum mampu untuk tandingi keuntungan pra-2018 apabila pendeposit pernah beroleh sehingga 9.50% dividen.

Kalau anda berminat untuk ketahui sejarah pulangan dividen Tabung Haji sepanjang dekad, anda boleh baca artikel terdahulu.