Tragedi Gunung Liang: Fahami beza hiking & trekking untuk elak bencana Tragedi Gunung Liang: Fahami beza hiking & trekking untuk elak bencana

Tragedi Gunung Liang: Fahami beza hiking & trekking untuk elak bencana

Trekking dan hiking hutan, dua aktiviti outdoor yang memang seronok. Tapi, dua aktiviti ini sangat berbeza walaupun daripada jauh nampak sama iaitu masuk hutan. Pempengaruh Tuan Fitri seorang veteran tentera daripada saluran Tuan Tanah HQ berkongsikan tips keselamatan lakukan aktiviti outdoor supaya kejadian Gunung Liang tak lagi berulang.

Periksa kesihatan sebelum aktiviti

Sebelum angkat beg untuk mulakan aktiviti, periksa keadaan diri. Ambil bacaan berat badan, tekanan darah, dan ambil maklum tentang sebarang isu kesihatan seperti diabetis dan asma. Semua ini akan mempengaruhi pace anda sewaktu beraktiviti. Untuk elakkan diri jadi overconfident, ini antara beberapa soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri adalah seperti:

  • Berapa jauh anda boleh jalan sebelum perlu rehat?
  • Bolehkah anda daki cerun yang curam?
  • Bolehkah anda jalan jauh dalam hujan?

Hiking & trekking boleh jadi bahaya sekiranya bantuan kecemasan hanya boleh tiba kepada anda dalam satu tempoh yang luar biasa panjang.

Fahami beban yang boleh anda tampung

Sifir mudah yang boleh anda ikut kalau nak tahu berapa berat barang yang boleh dibawa adalah dengan bahagian berat badan dengan tiga. Contohnya, kalau berat badan seseorang 60kg, jangan bawa barang beratnya lebih daripada 20kg. Beban yang berlebihan hanya akan rendahkan pace dan beri risiko kecederaan kaki.

Adalah penting untuk berlaku jujur dengan ahli kumpulan tentang had anda. Kalau tak mampu bawa banyak barang, maklumkan lebih awal supaya satu sistem pembahagian beban boleh direncana. Jadi, kumpulan akan bergerak pada kelajuan yang munasabah.

Kenali badan dan hadnya

Semua deria badan adalah penting sewaktu aktiviti. Jika anda rabun ataupun mudah silau, bawa aksesori cermin mata yang sesuai. Jarak penglihatan yang terhad hanya akan tingkatkan risiko sesat terutamanya bila berjalan dalam gelap.

Pernafasan dan stamina juga perlu diambil kira. Ada yang mengah dalam keadaan lembab, terutamanya pada altitud tinggi. Jangan anggap umur yang muda jadikan badan fit ataupun imun kepada faktor luaran. Mana taknya, orang dewasa yang sihat pun boleh terkesan daripada dehydration ataupun kerahan tenaga yang keterlaluan.

Kerjasama dan setiakawan penting

Kenal pasti had setiap individu dalam kumpulan. Ia membantu dalam perancangan. Contohnya, gandingkan ahli yang kuat (pace ataupun ketahanan) dengan yang lebih rendah. Kekalkan tempo pergerakkan pada tahap munasabah kerana trekking/hiking berkelompok adalah kerja berkumpulan, bukan pertandingan.

Pakaian dan aksesori daripada kepala hingga kaki

  • Kepala: Cari topi yang halang cahaya terik tapi ada ruang pengudaraan. Jangan guna topi ketat yang memerangkap haba dan tak sejukkan kepala.
  • Pakaian: Pakai baju lengan panjang dengan fabrik cepat kering. Pakaian perlu longgar dan mudah ditanggal dalam kecemasan. Kekurangan pakaian ketat adalah ia hadkan pergerakan dan perangkap peluh.
  • Sarung tangan: Sentiasa pakai untuk elak luka, melecet, dan gigitan serangga.

Kesimpulan

Sebelum mulakan aktiviti jungle trekking ataupun hiking, kenali diri pada segi kesihatan dan ketahanan. Periksa juga kelengkapan dan peralatan untuk disuaikan dengan aktiviti. Ingat, persediaan adalah separuh daripada aktiviti untuk pastikan anda menikmati aktiviti dan supaya tiak berakhir dengan tragedi.