Kemas kini September 2025
Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober 2025. Untuk maklumat anda. Kursus Asas Haji diadakan dalam 12 minggu dengan 2 minggu terakhir wajib dihadiri secara fizikal dengan tajuk Kesihatan (Minggu 11) dan Pengurusan (Minggu 12) bagi mengelakkan kekeliruan.
KAH Minggu 04 mendukung tajuk “Rukun Haji: Sa’ie, Bercukur / Bergunting, dan tertib pada kebanyakan rukun”. Berikut adalah intipati yang akan jemaah pelajari.
Sa’ie
Aktiviti Sa’ie iaitu proses ulang-alik tujuh kali antara Safa dan Marwah. Isi penting adalah seperti lokasi, laluan, lampu hijau, tempat mula dan tempat tamat. Ada juga maklumat syarat sah seperti mesti bermula di Safa, mesti berakhir di Marwah, cukup tujuh kali, dan dilakukan selepas tawaf yang sah. Dijelaskan juga kiraan Sa’ie dengan jelas.
Garis panduan tambahan Sa’ie
Turut terkandung adalah nota tentang laluan kerusi roda, kawasan lampu hijau, tiada solat sunat Sa’ie, wanita haid boleh berada di kawasan Sa’ie, dan tiada Sa’ie sunat. Ada juga tegasan tentang adab ketika Sa’ie seperti tidak menyakiti orang lain, berjalan tenang, dan berzikir.
Bercukur/Bergunting
Dokumen jelaskan definisi: gugurkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Waktu mula selepas separuh malam 10 Zulhijjah. Tiada waktu tamat. Ada hadis tentang kelebihan mencukur. Ada juga panduan praktikal seperti lelaki yang sedia botak perlu lalukan pisau, boleh potong rambut sendiri atau orang lain, jemaah wanita perlu jaga aurat, dan perlu hati-hati dengan individu yang caj mahal.
Tertib pada kebanyakan rukun
Perkongsian berkenaan susunan yang mesti dijaga: niat ihram mesti didahulukan, wuquf mesti sebelum tawaf, tawaf mesti sebelum Sa’ie, dan Sa’ie boleh dilakukan sebelum wuquf bagi Ifrad/Qiran jika selepas Tawaf Qudum. Dokumen juga bagi susunan rukun bagi Tamattu’, Ifrad, dan Qiran.
Penekanan utama
Sa’ie hanya sah selepas tawaf yang lengkap. Bercukur ialah rukun penting untuk keluar dari ihram. Tertib perlu dijaga pada bahagian tertentu sahaja, bukan semua.
Senarai video rujukan Kursus Asas Haji Minggu 04
Untuk alternatif, jemaah boleh muat turun versi PDF menggunakan pautan ini.