CelcomDigi 5G prepaid plans get a refresh with new Power and Hyper options, unlimited data tiers, streaming bundles, and full 30-day validity. CelcomDigi 5G prepaid plans get a refresh with new Power and Hyper options, unlimited data tiers, streaming bundles, and full 30-day validity.

CelcomDigi lancar pelan 5G Power & Hyper, harga serendah RM30

CelcomDigi telah mengemas kini penawaran prabayar mereka untuk tahun 2026. Penawaran kali ini menarik sebab semuanya boleh dilanggan sama ada pengguna CelcomDigi Pek Biru ataupun CelcomDigi Pek Kuning. 6 prabayar 5G yang dilancarkan adalah:

  • 5G Power+ 65
  • 5G Power+ 55
  • 5G Power 45
  • 5G Power 35
  • 5G Hyper 35
  • 5G Hyper 30

Tidaklah diketahui kenapa mereka ingin perkenal produk baharu sedangkan yang lama masih belum capai usia setahun lagi. Perubahan pun tidaklah besar mana.

CelcomDigi 5G Power+: Prabayar dengan servis penstriman

Ada dua pelan dalam kategori ini iaitu 5G Power+ 65 dan 5G Power+ 55. Pelan yang paling premium bolehkan anda akses internet pada kelajuan maksimum tapi ada FUP 200GB. Telco juga berikan akses Amazon Prime Video untuk dilayani. Pada harga RM55/bulan, Power+ 55 berikan anda Viu Premium, kelajuan Internet dihadkan kepada 100Mbps serta FUP 200GB.

CelcomDigi Prepaid 5G. Limitless. Made For Gen Now.

CelcomDigi 5G Power: Data tanpa had, tapi ada had

Bunyi sahaja tanpa had, tapi ia masih terikat dengan FUP sehingga 200GB. Dalam kategori ini, CelcomDigi ada Power 45 dan Power 35. Pelan yang lebih mahal berikan akses Interent 48Mbps dengan FUP 200GB sementara pilihan lebih murah berikan akses 18Mbps dengan FUP 100GB.

CelcomDigi 5G Hyper: Data berkelajuan tinggi sebenar

Pelan dalam kategori Hyper ada dua, satu Hyper 35 dan satu lagi Hyper 30. Pelan Hyper 35 dan Power 35 adalah dua pelan yang pelik. Harga mereka sama tapi Hyper 35 dapat kuota berkelajuan tinggi 100GB sedangkan Power 35 dapat kuota yang sama tapi dihadkan kepada 100GB. Sungguhpun “unlimited”, kelajuan masih diturunkan kepada 512kbps kalau lebih penggunaan.

CelcomDigi Prepaid 5G. Limitless. Made For Gen Now.

Semua pelan ada tempoh sah 30 hari

Satu perubahan yang baik kali ini adalah CelcomDigi selaraskan semula tempoh sah semua penawaran kepada 30 hari. Kalau anda masih ingat, pelan 5G UV yang mereka umum dalalm bulan Jun 2025 ada tempoh sah 28 hari. Pengguna terus mengkritiknya kerana pelan tak cukup sebulan hidup dan kena lakukan pembaharuan lebih daripada 12 kali dalam setahun.

Kalau anda berminat nak ketahui himpunan pelan prabayar daripada semua telco utama Malaysia, anda boleh baca artikel BukuNota yang terdahulu.

Senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2026: Lengkap & mudah banding ikut bajet

Sumber: CelcomDigi

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan