Tabung Haji Tabung Haji

Bonus Tabung Haji 2025 Diunjur Melebihi 3.25%

Pendeposit Tabung Haji boleh jangkakan dividen yang lebih tinggi tahun 2025. Itu adalah intipati kenyataan Pensyarah Kanan Eknomi dan Perbankan, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Mohd Faisol Ibrahim.

Unjuran awal menunjukkan yang pulangan untuk tahun 2025 mungkin melebihi 3.25%, angka yang dicatatkan untuk pulangan 2024. Sekiranya jangkaan tersebut adi kenyataan, TH bakal mengedarkan keuntungan lebih RM3 billion kepada pelanggan mereka.

Apakah yang menyumbang kepada unjuran ini?

3 Faktor Luaran Dividen Tabung Haji 2025 Tinggi

Antara faktor yang disenaraikan adalah peningkatan pertumbuhan KDNK negara untuk tahun 2025 dijangka pada 5.2% berbanding sasaran 4.8%. Landskap ekonomi yang kukuh akan beri manfaat pada prestasi pasaran ekuiti dan pulangan tetap, dua kawasan yang banyak Tabung Haji melabur.

Kemudian, kita juga saksikan pengukuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika. Perkara ini mengurangkan tekanan matawang asing terhadap matawang kita dalam pelaburan luar pesisir dan juga kos operasi yang ditambat pada matawang asing.

Faktor ketiga pula adalah Bank Negara Malaysia telah mengekalkan Overnight Policy Rate (OCR) untuk beberapa ketiga. Kadar faedah yang stabil menunjukkan suhu ekonomi yang stabil dan sangat diperlukan oleh institusi pelaburan gergasi seperti TH.

Langkah Penjimata TH Jana Keuntungan

Strategi kewangan Tabung Haji juga mainkan peranan penting. Mereka mengambil jalan pelaburan dalam pelbagai aset strategik dalam dan luar negara. Fokusmereka adalah pada saluran yang berisiko sederhana dan kebawah. Ia melindungi dana pendeposit daripada ketaktentuan global seperti cabarang ekonomi dan ketegangan geopolitik.

Selain itu, TH juga sedaya upaya menangani tekanan peningkatan kos menunaikan haji yang mendadak dan memberi kesan langsung kepada kos operasi serta keuntungan. Antara langkah yang diambil adalah memberikan subsidi bersasar untuk mengurangkan perbelanjaan.

Tarikh Bonus Tabung Haji 2025

Dividen Tabung Haji tahun 2024 teleh diumumkan Tabung Haji dalam bulan Mac 2025. Jadi, jangkakan pengumuman dividen TH 2025 dalam tempoh hampir sama.

Sejarah dividen Tabung Haji terkini

Bonus yag diumumkan untuk tahun kewangan 2024 adalah yang paling tinggi sejak 2018. Mereka memaklumkan sejumlah RM2.92 billion telah dikreditkan kepada lebih 9.5 juta pendeposit.

Sumber: Harian Metro

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *