6 Penapis Udara Bawah RM500 Untuk Lawan Jerebu

Anda perlukan penapis udara. Pembakaran hutan Indonesia telah mencemarkan udara di Malaysia. Angin monsun telah meniup asap-asap daripada sana, masuk ke dalam langit kita. Indeks Pencemaran Udara (IPU) naik turun setiap hari memaksa kita tutup tingkap untuk elak terlalu banyak asap masuk ke rumah. Tapi, apa jadi dengan partikel yang sudahpun ada dalam rumah?

6 penapis udara bawah RM500

Berita baik, anda tak perlu belanja ribuan ringgit untuk sebuah penapis udara yang bagus. Kalau bajet anda bawah RM500, dalam tips ini saya senaraikan 6 air purifier yan gboleh dipertimbangkan. Ada yang pintar, ada yang kompak, ada yang berkuasa.

1. IKEA FORNUFTIG — RM299

IKEA Fornuftig adalah model termurah dalam senarai ini iaitu RM299. Ia direka untuk saiz bilik sehingga 10m² dan ada CADR sehingga 60m³/j. Ia ada penapis yang boleh ditanggalkan tapi bukanlah daripada jenis HEPA yang bermakna saiz partikel yang mampu ditapis ada hadnya. Bagusnya, IKEA ada juga penapis khas yang boleh memerangkap bau busuk dan dijual secara berasingan.

Fornuftig ada tiga tahap kelajuan dengan paras bunyi berada antara 27dB hingga 47dB. Saiznya yang kompak bolehkannya diletakkan di bawah meja ataupun disangkutkan pada dinding. Daripada info spesifikasi teknikal, ia sesuai untuk bilik kecil ataupun ruang kerja peribadi.

Beli IKEA Fornuftig

2. Philips AC0650/10 — RM379

Phillips AC0650/10 adalah satu lagi pilihan kompak tapi tawarkan cakupan operasi lebih luas iaitu 44m². CADR penapis udara ini adalah 170m³/j dan mengguna pakai sistem penapisan HEPA NanoProtect Philips. Penapis HEPA ini mampu buang 99.97% partikel sekecil 0.003 mikron.

AC0650/10 ada fungsi Wi-FI yang bolehkannya dikawal menggunakan aplikasi Philips Air+. Pengoeprasian penapis udara ini perlukan 12W, sangat cekap tenaga sekiranya anda tak mahu penapis udara sebabkan bil elektrik bulanan anda melambung.

Beli Phillips AC0650/10

3. Midea MAP250G0BPW — RM399

Buat yang pentingkan angka CADR, Midea MAP250G0BPW berikan 250m³/j, antara yang tertinggi dalam senarai ini pada harga cuma RM399. Selain boleh tapis isipadu udara yang banyak pada satu-satu masa, ia juga dilengkapi penapis HEPA H13 untuk turun partikel pada ukuran mikron.

Apabila beroperasi dalam Silent mode, ia mengeluarkan 22dB bunyi tapi ada juga mode lain seperti Auto dan Turbo untuk disuaikan dengan situasi semasa. Walaupun Midea tak kongsikan saranan luas ruang operasi, boleh dianggarkan yang ia cukup sesuai untuk ruang bawah 1000 kaki persegi.

Beli Midea MAP250G0BPW

4. Sharp FPJ30LA — RM420

Sharp FPJ30LA gabungkan sistem penapisan partikel dengan teknologi ion proprietari Plasmacluster. Ia ada penapis yangboleh dibersihakn beserta penapis HEPA. Ia boleh menuras udara untuk ruang sehingga 23m² dengan CADR sehingga 180m³/j.

FPJ30LA ada mode khas untuk jerebu iaitu Haze. Hingar yang dihasilkan adalah antara 23dB hingga 44dB bergantung kepada mode operasi. Sharp katakan yang HEPA filter boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum perlu digantikan. Maknanya kos operasinya tidaklah terlalu tinggi.

Beli Sharp FPJ30LA

5. Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier — RM459

Pemilik haiwan peliharaan mungkin nak pertimbangkan Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier. Produk ini ada sistem penapisan udara berperingkat bermula dengan penapis pertama, HEPA dan akhir sekali lapisan karbon. Ia ada CADR antara yang tertinggi dalam senarai iaitu 230m³/h. Lapisan pertama penapis berguna untuk tapis bulu haiwan sementara lapisan karbon untuk kurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Produk Xiaomi banyak yang pintar. Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier sokong Xiaomi Home app untuk kawalan daripada jauh guna Amazon Alexa atau Google Assistant. Ia ada sensor laser untuk kesan partikel udara dan jana laporan kualiti udara secara masa nyata.

Xiaomi Smart Pet Care Air Purifier

6. IKEA STARKVIND — RM499

IKEA Starkvind adalah model paling premium dalam senarai ini pada RM499. Ia juga merupakan penapis udara pintar yang ada ciri mirip Xiaomi tadi. Anda boleh kawalnya guna aplikasi IKEA Home. Keluasan ruang yang disarankan untuk operasi maksimum adalah 20m² dan ia ada paras CADR 270m³/h, tertinggi dalam berbanding yang lain.

Keluar kotak, ia ada penapis EPA 12 tapi penapis boleh dipadan dengan jenis lain seperit penapis karbon untuk tapis gas berbahaya ataupun bau.Menggunakan sensor khas, Starkvind akan suaikan kelajuan kipas berdasarkan ukuran PM2.5.

Beli IKEA Starkvind

Rumusan semua penapis udara

Model Penapis UdaraHargaSaiz ruangCADRPenapisBunyiCiri pintar
IKEA FÖRNUFTIGRM299Sehingga 10m²30–60m³/hParticle + optional gas filter27–47dB❌
Philips AC0650/10RM379Sehingga 44m²170m³/hNanoProtect HEPATidak dinyatakan✅ Air+ app
Midea MAP250G0BPWRM399Tidak dinayatakan250m³/hH13 True HEPAFrom 22dB✅ Auto mode
Sharp FPJ30LARM420Sehingga 23m²60–180m³/hWashable pre-filter + HEPA23–44dB❌
Xiaomi Smart Pet CareRM45916–27m²*230m³/hHEPA + activated carbonTidak dinyatakan✅ Xiaomi Home
IKEA STARKVINDRM499Sehingga 20m²55–270m³/hEPA 12 + optional gas24–53dB✅ IKEA Home smart

Ciri yang perlu dipertimbang pada sebuah penapis udara

Bila nak pilih penapis udara, ada beberapa perkara yang perlu diber perhatian berbanding hanya tengok pada tanda harga.

  • HEPA filter: Penapis yang boleh saring partikel bersaiz mikron berada dalam ruang kediaman. Kekurangan HEPA adalah kipas perlu berpusing lebih kuat untuk udara lepasi lubang halus dan ia jadikan penapis ber-HEPA biasanya lebih bising.
  • CADR: Clean Air Delivery Rate tunjukkan berapa cepat penapis boleh bersihkan udara. Lebih tinggi CADR lebih banyak udara bersih mampu dijana penapis dan disebarluaskan ke seluruh ruang.
  • Liputan ruang: Pastikan penapis udara mampu jana udara bersih cukup untuk penuhi ruang tempatnya berada. Penapis kompak biasanya untuk kegunaan bilik tidur kecil dan untuk ruang tamu, anda mungkin perlukan yang bersaiz besar.
  • Paras bunyi: Kalau nak guna penapis sewaktu tidur, anda perlu cari yang ada paras desibel (dB) rendah agar ia tidak mengganggu tidur anda. Lebih baik kalau ada mode Auto untuk disuaikan dengan waktu operasi.
  • Penapis boleh cuci/tukar: Kos operasi penapis tak terhenti selepas beli. Penyelenggaraan juga perlu. Periksa juga harga penapis gantian ataupun sama ada penapis boleh dicuci sendir ataupun tidak.

Penapis udara mana terbaik untuk jerebu Malaysia?

Tiada satu penapis yang sesuai untuk semua keadaan.

Jika anda mahukan yang paling murah, IKEA Fornuftig ada harga bermula RM299 untuk ruang yang kecil seperti bilik tidur atau ruang kerja peribadi. Kalau nak yang jimat tenaga, Philips AC)650/10.

Penapis yang boleh hasilkan udara bersih paling banyak jatuh kepada Midea MAP250G0BPW ataupun IKEA Starkvind, dua CADR paling tinggi dalam senarai. Sharp FPJ30LA pula ada mode Haze, khas untuk jerebu manakala Xiaomi Smart Pet Care AIr Purifier sesuai kepada pengguna yang ada binatang peliharaan sebab ia ada sistem penapis berbilang tahap.

Pilih penapis udara mengikut ruang yang anda perlukan. Lagi penting, sewaktu jerebu teruk, kurangkan buka tingkap supaya udara yang bersih yang dah ditapis tak keluar dan udara berjerebu tak masuk ke dalam rumah.