BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Haji 2025: Ini senarai 37 PJH yang ada lesen tawar pakej haji

Jemaah Haji disambut pegawai Tabung Haji di KLIA

Sebanyak 37 syarikat pelancongan tempatan, termasuklah subsidiari Lembaga Tabung Haji (LTH) telah dilantik menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 2025 (1446H). Ia adalah pertambahan daripada 25 yang dilantik daripada tahun lepas.

Lesen PJH diberikan kepada syarikat pelancongan yag penuhi kelayakan dan lulus penilaian pihak LTH. Tahun ini agak unik sebab LTH menggunakan saluran digital untuk permohonan. Sistem Agensi Haji adalah platform digital untuk permohonan, penilaian, dan pemantauan perkhidmatan PJH untuk:

  • tingkatkan kualiti perkhidmatan
  • percepat proses
  • permudah pengawasan operasi

37 Pengelola Jumaah Haji lantikan Lembaga Tabung Haji untuk musim 2025

Senarai di bawah mengandungi semua PJH yang telah dilantik LTH untuk tahun ini. Maklumat yang ada seperti nama syarikat, telefon, faks, dan emel, boleh anda gunakan untuk hubungi pihak-pihak tersebut untuk bertanyakan tentang pakej-pakej mengerjakan haji swasta.

[table id=5 /]

Buat pihak yang berminat untuk menjadi PJH untuk musim 2026, permohonan sudahpun dibuka. Permohonan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya di pautan berikut:

https://sah.lth.gov.my

Tarikh tutup pendaftaran untuk menjadi PJH musim 2026 adalah pada 28 Februari 2025.

Sementarai itu, LTH sedang dalam proses mengeluarkan surat tawara menunaikan haji untuk musim 2025 kepada 31,600 jemaah haji tak lama lagi. 3 syarat untuk bakal jemaah yang terpilih adalah seperti:

  • lengkapkan bayaran haji
  • lulus pemeriksaan kesihatan
  • menghantar jawapan kepada LTH

Tarikh penerbangan pertama musim Haji 2025

Hari Wuquf untuk musim Haji 2025 akan jatuh pada hari Sabtu, 5 Jun 2025. Kebiasaannya, penerbangan haji pertama sesuatu musim akan berlepas pada 1 Zulkaedah. Jadi untuk tahun 2025, penerbangan pertama dijangka akan berlepas pada 29 April 2025 (Selasa).

Untuk penerbangan terakhir, Tabung Haji tetapkan seminggu sebelum wukuf sebagai tarikhnya. Jadi untuk musim Haji 2025, penerbangan haji terakhir tahun tersebut akan berlepas pada 28 Mei 2025 (Rabu).

Setelah hari Wukuf, tibalah masanya utuk penerbangan pulang jemaah Haji. Penerbangan pulang pertama jemaah Haji 2025 mengikut perkiraan adalah pada 14 Jun 2025 (Sabtu) dengan penerbangan akhir akan berlepas pada 10 Julai 2025.

Sumber: Tabung Haji

Bacaan berkaitan

Panduan Lengkap Haji 2025: Persiapan, Kursus, & Kelengkapan
Senarai hotel dengan perhidmatan shuttle percuma ke Masjidil Haram
Tutorial lengkap sewa skuter elektrik di Masjidil Haram