Tahukah anda Masjidil Haram ada sistem audio paling berkuasa di dunia?

Tahun 2024 sahaja, Arab Saudi mengumumkan lebih 1.6 juta jemaah haji telah membanjiri kota suci Mekah. Tak mustahil untuk musim 2025, angkanya akan berlegar di sekitar itu. Tapi untuk yang pernah ke sana buat umrah, haji, ataupun yang tonton siarang langsung, pernahkah anda terfikir bagaimana pihak Masjidil Haram mengelolakan sistem audio yang menyalurkan azan, bacaan imam, pengumuman, dan lain-lalin kepada jemaah-jemaah ini?

Jemaah Haji sedang tawaf Kaabah
Jemaah Haji sedang tawaf Kaabah

Masjidil Haram diiktiraf memiliki sistem audio paling canggih dan berkuasa di dunia bersama-sama dengan Masjid al-Nabawi di Madinah. Sekiranya anda berminat untuk ketahui bagaimana sistem bunyi dua tapak suci Islam ini dikawal selia, teruskan membaca.

Lebih 8,000 speaker, 6 bilik kawalan, 3 lapisan bekalan kuasa

Sistem audio Masjidil Haram luar biasa besarnya. Ia dilengkapi lebih 8,000 unit speaker yang dipasang di sekeliling ruang solat, perkarangan masjid, menara, malahan di jalan raya sekitar masjid. Untuk maklumat anda, setiap menara ada 16 speaker dan hotel-hotel di sekeliling masjid juga ada sistem audio yang berhubung dengan sistem utama.

Sistem speaker di Masjidil Haram – Sumber

Jelas sekali ini bukan biasa-biasa. Sebagai sistem sandaran, sebanyak 3 lapisan bekalan kuasa disediakan untuk pastikan tiada sebarang kegendalaan berlaku. Ia ada sistem jana kuasanya sendiri, satu penjana kuasa tambahan dan satu sistem berkuasa bateri untuk kecemasan.

Ribuat speaker di ruangan mataf Masjidil Haram – Sumber

Kesemua ini dikawal daripada 6 bilik kawalan. Sistem model audio 3D diguna untuk menala bunyi secara masa nyata. Hasilnya, walaupun jutaan orang berada di lapangan sana, audio tetap akan jelas, bebas herot, dan gema.

Sistem mikrofon Masjidil Haram berlapis-lapis untuk kelewahan

Salah satu komponen penting sistem audio Masjidil Haram adalah mikrofon. Bahagian inilah yang akan ambil suara imam dan muazzin untuk diperkuat supaya didengar semua orang. Sewaktu sesi solat berjemaah berlangsung, sebanyak 9 mikrofon dipasang untuk pada imam:

  • 3 untuk posisi berdiri
  • 3 untuk posisi rukuk
  • 3 untuk posisi sujud
3 mikrofon jadi sistem sandaran untuk imam Masjidil Haram – Sumber

Setiap posisi ada 3 mikrofon untuk pastikan mereka ada sistem lewah masing-masing. Dan seandainya semua 9 mikrofon gagal, terdapat mikrofon sokongan berdekatan. Satu lagi sistem keselamatan yang diguna pakai, malah bijak, adalah muazzin akan mengulang semula perlakuan imam.

Mikrofon Sennheiser, dari analog ke digital

Sehingga tahun 2014, Masjidil Haram mengguna pakai mikrofon jenis analog dan ia boleh dikenal pasti melalui badan yang berwarna perak. Tahun berikutnya, 2015, pihak masjid telah menaik taraf kepada mikrofon digital daripada jenama Sennheiser, model MKH 8040 yang ditambat pada modul digital MZD 8000. Antara manfaat berbanding sistem analog adalah seperti:

  • audio dengan paras hingar rendah
  • tetapan mikrofon boleh dilakukan daripada jauh
Perbandingan sistem mikrofon lama (kanan) sebelum tahun 2015 dengan yang baru (kiri) – Sumber

Daripada segi estetik, badan mikrofon baharu ini diwarnakan emas dan bukanlah badannya berasaskan emas sebenar. Cat yang digunakan pula adalah jenis matte daripada Nextel untuk kurangkan gangguan.

Mikrofon Shure, untuk si bilal

Dikhabarkan yang bilal juga ada mikrofonnya yang tersendiri. Antara jenama mikrofon yang digunakan adalah seperti Shure SM58, Beta 58, dan SM86 disamping mikrofon dairpad ajenama Sennheiser dan Audio-Technica. Sumber audio mikrofon ini diperkuat oleh lebih 350 unit amplifier Apogee Sound untuk disalur ka speaker Bose berasaskan fiberglass yang dibangunkan khas untuk masjid ini. Azan daripada Masjidil Haram dikatakan boleh didengari berbatu-batu jauhnya, melewati gunung-ganang disekitar kota Mekah.

Bilik bilal melontarkan azan tanda masuknya waktu solat
Bilik bilal melontarkan azan tanda masuknya waktu solat

Audio Masjidil Haram dipantau 24/7

Masjid ini tidak pernah kosong. Sistem audionya dipantau oleh lebih 120 juruteknik audio yang sentiasa bersedia. Penyelenggaraan rutin dilakukan secara kerap daripada Al-makabariyya Azan studio untuk pastikan semua komponen berfungsi seperti yang sepatutnya.

Sumber

Teknologi yang memangkin kekhusyukkan

Bila khusyuk beribadat, sering kali kita terlepas pandang teknologi-teknologi disekeliing kita yang memungkinkannya. Apabila sains membantu kita bangunkan sistem audio paling utuh untuk pastikan ibadat boleh berjalan tanpa henti. Skalanya, kompleksnya, dan keutuhannya membolehkan jemaah sentiasa dimaklumkan tentang apa yang sedang berlaku di dalam Masjidil Haram daripada azan, khutbah, dan solat jemaah.