Malaysia sekali lagi tempa kemegahan di bumi Arab Saudi. Untuk musim Haji 2025 (1446H), Kementerian Haji dan Umrah (Arab Saudi) menganugerahi kita dengan anugerah berlian, kategori tertinggi dalam Labbaitom Award. Ia bagi memperakui kecemerlangan sesebuah negara dalam pengoperasian haji jemaah negara masing-masing.
Malaysia terima anugerah 4 tahun berturut-turut
Ini bukanlah kali pertama buat Malaysia. Untuk musim Haji 2024 dan 2023, kita menerima anugerah dalam kategori kepuasan pelanggan. Ia lantas mempamerkan Malaysia sebagai urus setia haji yang cekap di mata dunia. Selain Malaysia, dua lagi negara yang berada dalam kategori anugerah yang sama adalah Turkiye dan Iraq.

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar zahir penghargaan pada Tabung Haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Haji Mohd Na’im berkata:
“Saya memanjatkan ucapan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana Malaysia melalui Tabung Haji (TH) dinobatkan Pemenang Anugerah Labbaitom (kategori Kepuasan Pelanggan) kali keempat berturut-turut oleh Kerajaan Arab Saudi dalam Majlis Penutup Musim Haji 1446H / 2025M anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.”

Menteri juga mengucapkan tahniah kepada jemaah tahun ini atas disiplin dan kerjama, terutamanya sewaktu fasa Masyair. Tabung Haji dalam masa yang sama dikatakan akan sentiasa menambah baik perkhidmatan mereka.