BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Himpunan lengkap Nota Kursus Asas Haji

Jemaah Haji sedang tawaf Kaabah

Kemas kini September 2025

Persiapan menuju musim Haji 2026 sudahpun berjalan. Bakal haji yang dah terima panggilan ataupun yang sedang menunggu keputusan rayuan Haji kini sedang mengikuti Kursus Asas Haji yang telah bermula awal Oktober 2025 lalu. Buat yang ingin ulang kaji pelajaran, artikel ini ada himpunkan semua nota-nota kursus untuk mudahkan kalian.

Bagi musim Haji 2026, pembahagian topik dilakukan seperti berikut, tekan pautan untuk pergi ke nota berkaitan:

Minggu 1:
Sejarah & Pengenalan Tanah Suci Mekah & Madinah

Minggu 2:
Falsafah & Penyucian Jiwa, Pengenalan Ringkas Ibadat Haji & Umrah

Minggu 3:
Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf & Tawaf

Minggu 4:
Rukun Haji: Sa’ie, Bercukur / Bergunting & Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Minggu 5:
Wajib Haji: Niat di Miqat, Larangan Dalam Ihram, Dam & Mabit di Muzdalifah

Minggu 6:
Wajib Haji: Melontar di Jamrah Kubra 10 Zulhijjah, Mabit di Mina dan Melontar pada Hari-Hari Tasyriq dan Nafar

Minggu 7:
Jenis Haji dan Cara Mengerjakan Haji

Minggu 8:
Aurat, Izin Suami, Taharah, dan Solat

Minggu 9:
Fiqh Wanita dalam Ibadat Haji

Minggu 10:
Ibadat Umrah, Niat Bersyarat, dan Tawaf Wada

Peringatan: Untuk minggu ke-11 (Kesihatan) & Minggu ke-12 (Pengurusan), nota hanya dibentangkan dalam taklimat Kursus yang dianjurkan secara bersemuka. Ia bagi mengelakan salah faham dan info tidak tepat.