RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World Cup FIFA 2026 bersama-sama Unifi TV. Merujuk kepada pengumuman Kementerian Penerangan Malaysia, RTM akan menyiarkan perlawanan terpilih kejuaraan bola sepak piala dunia itu di saluran televisen, platform MyTV dan juga RTM Klik. Ada perlawanan yang akan disiarkan secara langsung dan ada juga disiarkan secara ulangan dan ianya percuma.

Kalau peminat nak tonton kesemua 104 perlawanan secara langsung, Unifi TV adalah saluran yang menyediakannya. Untuk berbuat demikian, sedikit bayaran dikenakan untuk anda beroleh pengalaman lengkap World Cup 2026. Gandingan RTM dan Unifi TV ini menyeimbangkan antara akses percuma kepada rakyat Malaysia dan juga mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan untuk membawa masuk kandungan ini ke Malaysia.
RTM jadi penyiar rasmi Piala Dunia 2026 adalah sesuatu yang signifikan. Untuk 20 tahun yang lalu, hak penyiaran pertandingan ini dipegang secara ekslusif oleh Astro. Penyedia perkhidmatan TV satelit itu mengakui yang kos untuk mendapatkan hak penyiaran yang kian meningkat disamping masalah cetak rompak telah menjejaskan kebolehpasaran penyiaran pertandingan itu daripada perspektif perniagaan mereka.
Walaupun tidak lagi menjadi penyiar rasmi World Cup 2026, Astro tetap akan berunding dengan pemegang hak untuk sebarang peluang untuk menyiarkan kandungan bola sepak piala dunia di platorm mereka seprti di Astro TV, NJOI, dan Sooka.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan RM24 juta untuk mendapatkan hak penyiaran World Cup 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dengan sepak mula pada 11 Jun Jun 2026 iaitu perlawanan Mexico menentang Afrika Selatan.
Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia