Tren Laluan Pantai Timur (ECRL) telah mulakan perkhidmatan percubaan mereka sebelum pengoperasian komersial mereka pada 12 Disember 2026. Perjalanan pertama dengan penumpang daripada kalangan rang awam mengambil masa hanya 3 jam 58 minit. Tren percubaan berlepas dari Terminal Bersepadu Gombak pada 7 pagi dan tiba di Kota Bharu pada 10:58 pagi dengan membawa 170 penumpang dan kelajuan mencecah 160km/j.
View on Threads
ECRL berdesup, lalu Kuantan dan Terengganu
Daripada pengalaman yang dikongsikan penumpang awal, mereka tiba di KotaSAS, Kuantan pada jam 8:28 pagi, kira-kira 1 jam 30 minit daripada Gombak. Kemudian, mereka berlepas daripada KotaSAS pada 9:33 pagi dan tiba di Kuala Terengganu pada 9:53 pagi sebelum teruskan perjalanan ke Kota Bharu.
Satu perkara menarik tentang ECRL adalah penumpang menempuh laluan terowong sepanjang 16.39km di Genting Sempah di sempadan Selangor-Pahang hinggalah ke Bukit Tinggi di Pahang. Maknanya untuk kira-kira 10 minit, pemandangan luar akan terhalang. Buat pengetahuan anda, servis ujian ECRL ini diadakan bermula 7 November hingga 2 Disember 2026 dan operator melakukan raptai penuh mengikut jadual komersial lengkap dengan kru kabin dan boarding pass.
Tambang ECRL Gombak – Kota Bharu bermula RM125
Kabinet Malaysia telah meluluskan yang ECRL akan gunakan mekanisme tambang dinamik untuk harga tiket. Ia bermakna, harga tiket adalah berubah-ubah bergantung kepada permintaan dan tempat duduk tersedia. Daripada maklumat yang ada setakat ini, tiket untuk kelas ekonomi daripada Gombak-Kota Bharu adalah bermula RM125. ECRL katanya akan umumkan jadual lengkap harga tiket menerusi saluran rasmi mereka pertengahan November 2026 kerana perkhidmatan komersial akan bermula 12 Disember 2026.
ECRL jimat sehingga 3 jam Lembah Klang ke Pantai Timur
Apabila beroperasi kelak, laluan ECRL akan terus memendekkan masa perjalanan penduduk Selangor untuk ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Dengan tempoh 4 jam diambil daripada Gombak-Kota Bharu, dikakatan tempoh perjalanan dipendekkan sebanyak 3 jam berbanding menggunakan jalan raya. Setakat Oktober 2026, pembinaan fasa 1 ECRL antara Kota-Bharu dan Gombak telah siap 98.47%.
