Tips ECRL: Tempat duduk untuk view, tidur, dan makan

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mula jual tiket perjalanan katanya pertengahan November 2026. Sementara itu, ada segolongan yang telah dijemput untuk sertai ujian perjalanan ECRL Gombak – Kota Bharu sebelum pengoperasian penuh berjalan. Ada satu Thread yang sedang viral ini berkongsikan tips tempat duduk ECRL yang boleh diguna bila kita beli tikat nanti.

Tempat duduk nombor genap ada tingkap

Jika anda ingin lihat keluar, pilih tempat duduk bernombor genap sewaktu beli tiket. Menurut tips yang dikongsikan, tempat duduk ganjil tiada akses tingkap, sesuai untuk yang nak berehat tanpa diganggu elemen luar. Penumpang yang kali pertama naik atau nak ambil gambar pemandangan ECRL merentasi pantasi timur bolehlah mula merancang.

Koc 4 paling hampir dengan makanan dan bilik air

Satu lagi tips berguna peserta perjalanan ujian ECRL adalah untuk pilih gerabak 4 sekiranya mahu duduk hampir dengan bilik air dan kafe. Warga emas atau yang berusia memang sesuai duduk dalam gerabak 4 andainya kerap ke bilik air dan tak perlu berjalan jauh. Penumpang berkeluarga juga sesuai kerana kafe berhampiran bolehlah anak-anak perutnya sentiasa terisi.

Tips pantas pilih tempat duduk ECRL

  • Pilih kerusi bernombor genap kalau nak layan pemandangan luar
  • Pilih kerusi bernombor ganjil kalau nak bersandar pada dinding dan berehat
  • Pilih kerusi dalam koc 4 untuk hampir dengan bilik air dan kafe.

Sumber: rahmanawang