5 Prepaid Internet Unlimited Termurah Malaysia 2027

Langgan prepaid Internet kuota tanpa had pada harga paling minimum. Ada beberapa pilihan pelan Internet daripada telco utama di Malaysia boleh anda pertimbangkan pada harga serendah RM25 untuk tempoh sah 30. hari. Walaupun ditanda ‘unlimited’, setiap telco masih kenakan had dalam bentuk Fair Usage Policy (FUP), kuota 5G ataupun kuota hotspot khas.

Untuk anda yang nak minimumkan kos, ini adalah pelan prepaid termurah di Malaysia tahun 2027, pada harga serendah RM25 sebulan.

1. Unifi Mobile UNI5G WOW PADU 25

Harga: RM25/30 hari

Pada harga RM25/bulan, Unifi Mobile Uni5G Wow Padu 25 adalah pelan prabayar termurah dengan data tanpa had. Setiap langganan memperuntukkan anda kuota sebanyak 30GB (4G/5G) dengan tambahan 70GB untuk 5G sepanjang tempoh promosi. Dalam penggunaan kuota, kelajuan yang dinikmati adalah berkelajuan penuh dan apabila kuota habis digunakan, kelajuan dihadkan kepada 5Mbps dengan kelajuan 5G ditandakan sebagai Best Effort.

Laman rasmi

2. Yes 5G FT5G 30

Harga: RM30/30 hari

Solusi daripada Yes 5G hadir dalam pelan FT5G 30. Sepanjang 30 hari, anda dapat akses Internet tanpa had yang sebenar. Apabila bersambung dengan rangkaian 5G, anda nikmati kelajuan penuh manakala apabila berada dalam rangkaian 4G, kelajuan ditetapkan pada 7Mbps. Pelanggan juga terima kuota khas 12GB untuk hotspot dan juga panggilan tanpa had. Sebenarnya anda boleh dapat harga langganan lebih rendah tapi dengan menggunakan fungsi autopay anda boleh dapat rebat RM5 untuk jadikan langganan bulanan RM25/bulan.

Laman rasmi

3. Hotlink Prepaid Unlimited 25

Harga: RM30/30 hari

Jangan terpedaya dengan nama Hotlink Prepaid Unlimited 25, harga bulanannya tetap RM30/bulan dan ditambat pada FUP sebanyak 50GB sebelum kelajuan diselaraskan kepada 512kbps jika melangkaui kuota yang disediakan. Jika tidak, anda menikmati capaian Internet berkelajuan 18Mbps. Satu ciri menarik pelan ini adalah antara pukul 8 malam hingga 8 pagi, pelanggan nikmati kelajuan 5G tanpa had. Sangat sesuai untuk anda yang berjaga malam layan platform penstriman video.

Laman rasmi

4. CelcomDigi Prepaid 5G Power 35

Harga: RM35/30 hari

Ini untuk pengguna yang sering guna telefon sebagai hotspot. CelcomDigi Prepaid 5G Power 35 adalah pelan yang wajar dipertimbangkan. Pada harga RM35 sebulan, pengguna nikmati internet berkelajuan 18Mbps pada kuota FUP 150GB. Kelebihan terbesar pelan ini berbanding yang lain adalah kuota yang sama digunakan untuk hotspot. Ia memudahkan laptop, tablet, dan lain-lain gajet wi-fi anda terima sambungan Internet. CelcomDigi Prepaid 5G Power 35 boleh dilanggan kedua-dua pengguna CelcomDigi Pek Kuning ataupun CelcomDigi Pek Biru.

Laman rasmi

5. Unifi Mobile UNI5G WOW PADU 35

Harga: RM35/30 hari

Jika prioriti anda untuk dapatkan sebanyak mungkin data Internet, Uni5G Wow Padu 35 adalah jawapannya. Bayar RM35 untuk 30 hari, anda dapat 200GB data 4G/5G dan tambahan 800GB untuk 5G sahaja. Kelajuan untuk 4G adalah 5Mbps manakala untuk 5G adalah Best Effort. Ciri hotspot Uni5G Wow Padu 35 juga gak baik. Asalnya diberikan 10GB. Tapi sepanjang tempoh promo, anda terima tambahan 50GB untuk jadikan jumlah kuota khas untuk hotspot jadi 60GB.

Laman rasmi

Perbandingan Internet prepaid termurah Malaysia

PlanHargaData/FUPKelajuanHotspotSuara
Unifi Uni5G Wow Padu 25RM2530GB + 70GB 5G5Mbps 4G / Best Effort 5GIkut Data/FUPTanpa Had
Yes 5G FT5G 30RM30Unlimited 5G7Mbps 4G12GBTanpa Had
Hotlink Unlimited 25RM3050GB FUPUp to 18MbpsIkut Data/FUPTanpa Had
CelcomDigi 5G Power 35RM35150GB FUPUp to 18MbpsIkut Data/FUPTanpa Had
Unifi Uni5G Wow Padu 35RM35200GB + 800GB 5G5Mbps 4G / Best Effort 5G60GBTanpa Had

Pelan prepaid Internet tanpa had terbaik Malaysia

Pelan prabayar Internet unlimited terbaik Malaysia sangat bergantung kepada keperluan anda. Unifi Mobile Uni5G Wiw Padu 25 adalah untuk yang ingin belanja paling rendah dalam sebulan. Walau bagaimanpun, ia juga bergantung kepada cara guna data. Yes 5G FT5G 30 mungkin menarik sebab ia ada kuota 5G tanpa had.

Hotlink dan CelcomDigi pula mereka tawarkan FUP yang agak lumayan untuk 4G/5G. Akhir sekali, pengguna yang habiskan banyak data dalam masa singkat mungkin boleh usyar Uni5G Wow Padu 35 kerana ia ada Data/FUP paling banyak dan juga ada kuota khas hotspot 60GB yang dirasakan tahan untuk sebulan.

Tapi sebelum anda pilih pelan prepaid Internet tanpa had yang diingini, pastikan capaian telco tersebut adalah mencukupi di tempat anda berada. Pelan yang terbaik pun tak guna kalau tiada cakupan perkhidmatan.