Review : Tin Audio T3 : Treble yang tajam, Butiran bunyi yang padu

Tin Audio merupakan salah satu jenama daripada China. Namun demikian, syarikat tersebut masih baru kerana syarikat ini dilancarkan pada tahun 2010. Mereka menghasilkan alatan audio yang berkualiti pada harga yang mampu milik.
Tin Audio T3 merupakan produk terbaru mereka. Sebelum ini, wujudnya Tin Audio T2 atau T2 Pro. Saya tidak boleh memberi pendapat kepada Tin Audio T2 kerana masih belum mencuba dan kerana itu saya terus melompat kepada Tin Audio T3.
Sudah lebih satu bulan saya mencuba iEM ini dan pelbagai jenis genre lagu telah didengari.

Spesifikasi

  • Driver unit: 10mm dynamic + Knowles BA
  • Frekuensi response: 10–40,000 Hz
  • Sensitiviti: 95 dB +/- 3dB
  • Impedans: 16 ohms
  • Plug: ⅛ in (3.5 mm) carbon
  • Kabel: 4.1 ft (1.25 m) 5N 8-core OFC-plated silver
  • Interface: MMCX

Aksesori

sumber : Drop
  • 8 pairs of ear tips (3 set hitam dan 2 set kelabu eartips adalah berjenis Memory Foam)

Beg kecil yang terdapat di gambar atas tidak disediakan.
Earpieces atau earbuds disediakan oleh Tin Audio merupakan Memory Foam. Sangat selesa dan lembut.


Salah satu kebaikan iEM ini kabelnya boleh dicabut dan digantikan jika perlu. Ia menggunakan kepala MMCX. Kualiti kabel stok amat bagus. Tidak mudah berbelit dalam poket. Malangnya, housing untuk audio jack menggunakan bahan plastik.

Kualiti Bunyi

Pendengar lagu yang fokus utamanya untuk butiran instrumen lagu, iEM ini tidak akan mengecewakan anda. Clarity atau butiran bunyi sangat padu. Jenis sound signature agak bright (cerah). Kalau anda tahu equalizer berjenis V-Shape, anda pasti berkenan bagaimana bunyinya.

Soundstage

Soundstage atau seberan bunyi di iEM ini bagi saya hanyalah sederhana. Kalau diberikan markah, saya bagi 6/10. Rasanya seperti anda berada di bilik yang sempit.

LOW

Peminat bass mungkin tidak akan minat kerana Low end dihasilkan tidak mantap. Bunyi bagi sub-bass ada namun tidak berderam-derum seperti TFZ Series 5 tetapi agak punchy dalam bunyinya sendiri. Bass-nya menghasilkan kick yang bagus dan tidak dirangsang. Low-end dihasilkan juga agak neutral.

MID

Bagi saya, mid di Tin Audio T3 telah dirangsang dengan sedikit. Bunyi vokal agak tenggelam. Pembahagian vokal dan instrumen tidak seimbang, tetapi butiran bunyi di mid sangat bagus. Mid di Tin Audio T3 agak “sibilance” oleh sebab itu, bunyi vokal agak kasar.
*Sibilance merupakan terma untuk bunyi vokal yang menghasilkan bunyi berdesir. Berlaku apabila vokalis mengakhiri ayat dengan huruf S.

HIGH

Walaupun butiran bunyi di iEM ini sangat bagus, treble-nya sangat tajam atau sparkling highs. Semasa saya menggunakan iEM ini, saya terpaksa menurunkan bunyi untuk frekuensi 8k (-3.0dB). Pendapat saya, treble di iEM ini tidak boleh didengar terlalu lama kerana akan menyakitkan telinga. Walau bagaimanapun , instrumen lagu yang menggunakan string (Guitar,violin dan lain-lain) menghasilkan butiran bunyi yang sangat baik.

Kesimpulan

Tin Audio T3 menghasilkan butiran yang bagus tetapi kita terpaksa korbankan soundstage dan bunyi vokal. Kalau anda minat ‘Instrumental”, iEM ini tidak akan mengecewakan anda.
Harganya : RM 249.00