Bravo Audio Ocean Hybrid Tube Amp Review

HomeReviu

Bravo Audio Ocean Hybrid Tube Amp Review

Bravo Audio adalah jenama China yang terkenal dalam bidang Amplifier Tube Headphone. Bravo ditubuhkan pada tahun 2010. Walaupun penubuhannya yang masih baru di lapangan audio, Bravo berjaya menarik perhatian dunia dengan persembahan amplifier mereka yang mempunyai tag harga yang menarik dan prestasi yang luar biasa. The Ocean adalah tawaran amp utama dari Bravo dan merupakan Hybrid Tube Amplifier khas untuk headphone.

Spesifikasi

  • Pure Class-A tube amp
  • Shu Guang 12AU7 tube
  • Aluminum casing
  • Input power: DC 24 V
  • Input sensitivity: 100 mV
  • Input impedance: 100 kohms
  • Output impedance: 20–600 ohms
  • Gain: 30 dB
  • Frequency response: 10 Hz–60 kHz +/- 0.25 dB
  • Signal-to-noise ratio: > 90 dB
  • Dynamic range: 84.6 dBA (300 ohms), 89.8 dBA (33 ohms)
  • THD: 0.016% (300 ohms), 0.45% (33 ohms)
  • MD + noise: 0.045 (300 ohms), 0.42 (33 ohms)
  • Inputs: RCA, 1/8 in (3.5 mm) jack
  • Outputs: RCA, 1/8 in (3.5 mm) and 1/4 in (6.3 mm) headphone jacks
  • Dimensions: 4.53 x 3.23 x 3.07 in (115 x 82 x 78 mm)
Di hadapan Ocean mempunyai 2 jenis output iaitu :
  • 6.3 mm jack
  • 3.5 mm standard jack
Seterusnya, volume knob untuk kawalan bunyi output ke headphone dan juga tidak dilupakan toggle untuk switch on dan off. Terdapat juga lampu LED berwarna merah sebagai penunjuk amplifier tersebut telah dihidupkan.
Di belakang pula, ia mempunyai 2 jenis RCA :
  • RCA Line out (Output)
  • RCA Line in (Input)
Dan juga 3.5mm jack line in (input). Tube juga boleh ditukarkan.

Kualiti Bunyi

Disebabkan saya hanya mempunyai FiiO E10k, jadi saya hanya boleh membuat perbandingan yang biasa-biasa sahaja. FiiO E10K merupakan amplifier dan mempunyai built-in DAC.
Saya menggunakan FiiO E10K sebagai DAC (Output sound) melalui “preout” output dan disambungkan ke Bravo Ocean Audio. Tube yang digunakan adalah stock.
Headphone yang saya gunakan untuk test ialah Sennheiser HD 6XX atau dikenali sebagai Sennheiser HD 650.
Bravo Audio Ocean mempunyai sedikit channel inbalance pada volume yang sangat rendah iaitu pada kedudukan volume knob di jam 7~8. Namun demikian, setelah bunyi dinaikkan, channel inbalance tidak menjadi masalah.
Berbanding FiiO E10K, Soundstage telah ditambah dengan lebih luas dan ‘airy’. Pembahagian instrumen juga sangat baik. Depth (jarak antara instrumen) juga baik.

Low

Low-end yang dihasilkan bersih , tepat dan tidak muddy

Mid

Bahagian mid pula pada pendapat saya menghasilkan vokal yang lebih jelas dan seolah-olah bunyi tersebut berada  dekat dengan pendengar. Seperti penyanyi berada di depan anda. Selain itu, jenis sound signature agak warm dan sangat natural.

High

Sangat jelas dan tidak tajam. Memang cukup-cukup rasa.

Kesimpulan

Bravo Audio Ocean merupakan “entry-level” Hybrid Tube amp. Ia adalah titik permulaan yang baik untuk merasa jenis bunyi yang dihasilkan oleh Tube. Pendapat saya, faktor yang paling jelas ditambah baik adalah soundstage dan bahagian Mid.
Harga : RM360.00
7.3
OVERALL SCORE
Kualiti bunyi: 7
Build kualiti: 9
Stock tube: 6
Bravo Audio Ocean merupakan “entry-level” Hybrid Tube amp. Ia adalah titik permulaan yang baik untuk merasa jenis bunyi yang dihasilkan oleh Tube. Pendapat saya, faktor yang paling jelas ditambah baik adalah soundstage dan bahagian Mid.

COMMENTS

DISQUS: 0