BGVP Zero – Bunyi zaman kegelapan

BGVP Zero merupakan hybrid iem yang terdiri daripada dua jenis driver iaitu Dynamic Driver dan Electrostatic. Kacukan ini selalunya menghasilkan bunyi yang bright tetapi sebaliknya BGVP Zero menghasilkan bunyi signature berjenis Dark.

Jika nak dibandingkan dengan Shuoer Tape yang juga berjenis hybrid iem, hasilan buny jauh sama sekali. Kebanyakkan penggemar lagu menyatakan Driver berjenis Electrostatic seharusnya menghasilkan detail yang hebat dan bright sounding, namun adakah BGVP Zero mampu mencapai keperluan-keperluan tersebut?

Apa dalam kotak?

Sumber : head-fi

Spesifikasi

  • Driver unit: 10mm micro electrostatic dynamic
  • Sensitivity: ≥100dB SPL/mW
  • Impedance: 12ohm
  • Frequency response: 10Hz-40kHz
  • Distortion: ≤0.5%(1kHz)
  • Channel difference: ≤1dB
  • Rate power: 10mW
  • Cable length: 1.2m

Kualiti bunyi

Bass

Bagi yang jenis basshead, anda akan kecewa kerana bass yang dihasilkan tidak hebat sekali. Sub-bass bagi saya kurang kendengaran sebaliknya BGVP Zero punyai bass yang fokusnya di midbass. Midbass yang dihasilkan sangat pekat. Tidaklah punchy atau boomy. Pembahagian bass di lapisan lain juga boleh dikatakan agak bagus. Jika lagu yang menghasilkan bass berlapik, jangan risau, bass-nya tidak mudddy.

Midrange

Di bahagian BGVP Zero sangat cemerlang kerana penghasilan midrange dihasilkan sangat lembut dan pekat. Boleh juga dikatakan full-bodied midrange. Kalau anda suka dengar podcast atau lagu bervokal, BGVP Zero tidak hampakan anda. Di samping itu juga, midrange tidaklah shouty jika nak dibandingkan dengan Shuoer Tape dimana jika lagu dimainkan pada kadar volume yang tinggi, anda boleh rasa midrangenya sangat shouty

Treble

Sangat hampa bagi saya. Treble extension yang dihasilkan oleh BGVP Zero sangat mengecewakan. Jika anda seorang pendengar lagu yang mementingkan details, BGVP Zero bukan untuk anda. Senang cerita, treble-nya sangat mediocre.

Soundstage

Soundstage bagi saya agak biasa kerana perasaanya lebih kepada 2-Dimensi punya bunyi. Tetapi saya jamin, soundstagenya atas daripada average.

Kesimpulan

BGVP Zero merupkan iem berjenis dark signature. Bunyi yang dihasilkan akan lebih fokus kepada midrange. Namun demikian, detail retrieval sangat kurang memuaskan. Untuk critical listening, saya tidak syorkan iem ini. Sebaliknya, penggemar vokal, podcast atau suka bunyi berjenis lembut, saya sangat galakkan.

Harga : RM 289