Elak dieksploitasi, ini kos rasmi selenggara semua model Proton

Kereta Proton anda sudah tiba masa untuk diselenggara. Anda bawa ke pusat servis rasmi berhampiran. Staf Proton biasanya akan keluarkan sebut harga tentang proses selenggara yang akan dilakukan. Tahukah anda yang dalam sebut harga itu ada item yang tidak wajib?

Jangan risau, dalam laman rasmi Proton semua maklumat tersebut disediakan. Anda boleh pergi ke laman Proton Procare Sevice. Di sana, anda perlu pilih model kenderaan, varian, dan juga perbatuan. Selepas pilih, sistem akan senaraikan semua alat ganti, caj buruh, dan cukai serta jumlah yang perlu dibayar untuk sesuatu sesi selenggara.

Sebagai Contoh, Proton X50 varian 1.5T/1.4 TGDi pada perbatuan 10,000km mempunyai kos selenggara sebanyak RM305.42.

Anda boleh layari laman rasmi Proton Procare untuk maklumat lanjut tentang servis selepas pembelian kereta anda.