Jemaah umrah kini ada kaedah baharu untuk lakukan tawaf. Selain daripada berjalan kaki dan naiki skuter elektrik, mereka kini boleh naiki bugi golf yang lebih pantas daripada skuter.

Daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan bugi tersebut boleh memuatkan seramai 6 orang berbanding skuter elektrik seramai 2 orang sahaja. Sangat sesuai untuk tawaf seisi keluarga. Dilaporkan yang bayaran untuk naiki bugi tersebut adalah SAR 25/orang (~RM32/orang).

Perkhidmatan bugi golf elektrik ini boleh didapati di tiga pintu berikut:
- Pintu King Abdul Aziz
- Pintu Umrah
- Pintu Ajyad

Malangknya perkhidmatan ini tidaklah ditawarkan selama 24 jam sehari. Sebaliknya, ia ini ditawarkan daripada 4 petang hingga 4 pagi setiap hari.
Lokasi Pintu King Abdul Aziz dan Pintu Ajyad

Pintu King Abdul Aziz adalah Pintu 01. Ini adalah pintu terbesar Masjid Al-Haram dan yang paling hampir dengan menara jam.
Pintu Umrah pula adalah Pintu 63. Pintu ini letaknya di bahagian barat laut Kaabah.
Pimtu Ajyad adalah Pintu
Sumber: Life in Saudi Arabia