Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 09: Kesihatan dan Haji
Istitaah Kesihatan

Istitoβah atau berkemampuan daripada segi kesihatan untuk bakal haji
- Kemampuan mengerjakan haji sendiri
- Individu lanjut usia yang tidak mampu uruskan diri wajib dibadalkan
- Individu bermasalah penyakit krnik yang tiada harapan sembuh wajib dibadalkan
- Individu yang sakit pada tahun semasa tida wajib tunai haji pada tahun tersebut
Penyakit kronik
- Nyanyuk
- Kencing manis teruk
- Sakit jantung teruk
- Penyakit buah pinggang
- Kanser tahap 3 & 4
- Sakit mental
Cabaran dan Persediaan Haji

Cabaran haji
- Perjalanan ke Tanah Suci
- Perbezaan waktu
- Keadaan suhu dan cuaca
- Persekitaran dan sosio budaya
- Aktiviti Ibadat haji
Persediaan haji
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Melakukan aktiviti fizkal & bersenam
- Persediaan mental dan rohani
Pemeriksaan Kesihan

- Terima tawaran haji
- Buat saringan kesihatan
- Lulus pemeriksaan kesihatan
- Ambil suntikan vaksin
- Surat jadual penerbangan
Nasihat & Peringatan

- Bakal haji dinasihatkan untuk persiapkan diri daripada segi persediaan fizikal dan mental.
- Sekiranya belum pernah menjalani pemeriksaan kesihatan, jadikan peluang ini untuk memeriksa status kesihatan.
- Sekiranya adalam rawatan, sila buat pemeriksaan berkala supaya penyakit sentiasa dalam keadaan stabil dan terkawal.
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.