Tahniah seandainya anda salah seorang dalam puluhan ribu rakyat Malaysia yang terpilih untuk mengerjakan Haji musim 2025. Ini saya nak cerita satu servis yang akan tambah baik pengalaman Haji anda. Pos Malaysia ada sediakan perkhidmatan Pos Laju dari Mekah dan Madinah ke Malaysia. Ia sesuai untuk yang ada beli cenderamata, kurma, sejadah untuk dibawa pulang ke tanah air.

Beli-belah dengan aman, biar Pos Laju bereskan selebihnya
Shopping di Arab Saudi memang seronok. Kadang-kadang ada air zam-zam, manisan, jubah, dan macam-macam lagi. Seronok, sampai terlupa dah lebih berat bagasi. Jadi gunakan saja perkhidmatan Pos Laju untuk kendalikan lebih berat tersebut.
Untuk tahun 2025, Pos Laju ada buka titik drop-off di lokasi ini:
- Land Premium Hotel, Makkah
- Saja Al Madinah Hotel, Madinah
Anda boleh pek barangan anda dan hantar sahaja ke salah satu daripada dua lokasi yang telah dinyatakan di atas.
Tiada kotak? Tiada masalah
Katakanlah jemaah Haji tiada kotak yang sesuai untuk isi barangan. Pos Laju pun ada jual kotak yang ada ukuran standard. Sebanyak tiga saiz ditawarkan daripada:
- Small
- Medium
- Big
Harga kotak-kotak ini antara SAR 8 hingga SAR 12, bergantung kepada saiz.
Tempoh penghantaran sepantas 7 hari bekerja
Kadar bayaran untuk penghantaran ke Malaysia terbahagi kepada dua. Ia bergantung kepada destinasi:
- penghantaran ke Semenanjung Malaysia: SAR 18/kg
- penghantaran ke Sabah & SarawakL SAR 23
Masa penghantaran dimaklumkan Pos Malaysia adalah antara 7 hingga 14 hari bekerja, terus ke pintu rumah anda.

Pos Laju boleh hantar al-Quran?
Kalau Haji dan Hajjah beli naskah al-Quran untuk kenang-kenangan, Pos Malaysia pun akan kendalikan secara cermat. Setiap bungkusan yang mengandungan al-Quran akan ditandakan dengan pelekat khas. Ia pastikan kakitangan Pos Laju kendalikan barangan itu dengan cara paling sesuai.
Pos Malaysia jangka uruskan 250 tan kargo Mekah/Madinah 2025
Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia, Haji Zaini Yahman, maklumkan yang servis ini dirangka untuk berikan kemudahan pada jemaah Haji. Maka, jemaah boleh fokus pada ibadat mereka. Tahun ini sahaja, mereka menjangkakan akan menguruskan lebih 250 tan kargo yang dihantar ke Malaysia daripada Mekah/Madinah.
Perlu bantuan?
Anda boleh gunakan beberapa saluran berikut untuk maklumat lanjut:
- AskPos di www.pos.com.my/#askpos
- Malaysia: +603-5565 3267 sambungan. 3260
- Mekah: +966-535670645
- Madinah: +966-536447852
Sumber: Pos Malaysia